Resepi Kuih Lapis Tembikai Yang Lemak-Lemak Manis. Cantik Dipandang Enak Dirasai!

0 1,147

Hari ini nak kongsi satu resepi yang sangat menarik iaitu resepi kuih lapis tembikai. Teksturnya yang cantik dan nampak sangat menyelerakan. Kalau makan kuih lapis ini wajib kopek selapis-selapis baru ada nikmat makan kuih lapis kan. Rasanya yang lemak manis pasti ramai yang menyukainya.

Fizikal kuih lapis ini keakan buah tembikai sangat cantik dan sangat sesuai untuk dijadikan dessert. Kuih lapis tembikai ini juga boleh dijadikan juadah untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis  rumah terbuka ataupun majlis keramaian.

Rasa kuih lapis tembikai ini juga pastinya sedap kerana adanya rasa lemak manis santan dan teksturnya yang sangat lembut. Warna kuih lapis ini menyerupai buah tembikai lagi ini menarik lagi selera untuk makan. Malah jika dihidangkan untuk anak-anak pasti anak-anak akan menyukainya.

Cara penyediaan kuih lapis sangat mudah dan bahan yang digunakan juga mudah didapati. Antaranya tepung beras, tepung gandung, tepung jagung, tepung ubi, santan, perwarna, gula dan garam secukup rasa, dan bijan.  Jika dirumah anda tiada oven jangan risau kuih ini hanya mengunaakn kaedah mengukus sahaja. Dan hasilnya lembut dan lemak-lemak manis gitu.

Disebabkan cara penyediaannya yang simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook cik puan Nor Al Fatihah . Menu kuih lapis tembikai boleh dihidangan pada bila-bila masa tidak kira untuk sarapan pagi ataupun untuk minum petang.

 

RESEPI KUIH LAPIS TEMBIKAI

Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata anda tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan kuih lapis tembikai  sedap ini. Bila dan buat confirm anda pastu suka.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 2 Cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandung
  • ½ cwan tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 5 cawan santan
  • 1 1/3 cawan gula
  • 1 ½ susu teh garam
  • 1 sudu the perisa ros
  • Pewarna merah & hijau
  • 1/2 sudu the bijan hitam

CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS TEMBIKAI : 

▶️ Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Kacau sebati & tapiskan

▶️ Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Hijau 175ml x 2 layer. Putih 175ml x 2 layer dan merah 175ml x 4 layer. Bermakna ada 8 layer semuanya.

▶️ Didihkan pengukus.  Guna loyang petak saiz 9 dengan dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan hijau suku 175ml. Kukus 5 minit. Buka & tuang 175ml lagi & kukus semula 5 minit . Kemudian tuang aduanan putih 175ml & kukul 5 minit ulang semula 175ml & kukus lagi 5 minit

▶️ Kemudian tuangkan adunan merah 175ml & kukus 5 minit. Lakukan langkah  yang sama seanyak 3x lagi. Layer terakhir  kukus dulu 2 minit & tabur bijan hitam. Kukus lagi 15 minit

▶️ Buka penutup pengkukus & kukus lagi 5 minit unutuk dapatkan permukaan yang licin &  kering daripda wap air. Sejukkan dalam peti ais baru di potong.

▶️ Dah siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Yang Simple. Pasti Makan Membangkitkan Selera!

 

Siap untuk dihidang buat keluarga tersayang. Kuih lapis tembikai ini boleh dihidangkan untuk menu minum petang hari ini. Mesti anak-anak akan suka. Biasanya dipotong dan dimakan mengikut lapisan warna warni. Tak rugi mencuba tau, resepi yang sangat mudah ini. Anda juga pasti seronak bila habis kuih lapis tembikal anda menjadi dan mendapat hasil yang cantik.

Kuih lapis secantik ini, bukan sahaja boleh makan sendiri, anda juga boleh membuat jualan. Pasti ramai yang akan open order. Selain rasa yang sedap dan cantik, kuih lapis ini boleh juga dihidang pada majlis tertentu seperti rumah terbuka, sambutan hari lahir dan sebagai.

Semoga pengkongsian cara menyediakan kuih lapis tembikai ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi kuih lapis tembikai yang sangat padu ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.