Cara Membuat Puding Tembikai. Makan Bersama Sos Kastard Lemak Berkrim. Mudah Je Nak Buat!
Mungkin ada yang pernah makan puding buih dengan sos kastard, tapi kali ini Kita tunjuk Cara Buat Puding Tembikai versi puding buih.
Pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana puding boleh jadi bentuk tembikai? Kalau nak tahu kena follow resepi ini. Kami akan tunjuk satu persatu cara mudah untuk buat puding tembikai.
Puding tembikai dibuat dengan menggunakan putih telur yang dipukul sehingga kembang atau menjadi meringue, dan akan dicampur dengan agar-agar untuk keraskan puding tersebut.
Kebiasaan puding tembikai atau puding buih akan dimakan dengan sos kastard. Sos kastard akan menaikan lagi kesedapan puding tembikai, tapi lagi enak jika dimakan ketika puding itu sejuk.
Resepi dari perkongsian Zuhaidar Mohd Sufi telah menarik ramai orang dengan hasil puding tembikai yang persis buah tembikai betul yang telah dipotong.
RESEPI PUDING TEMBIKAI DAN SOS KASTARD
Jika nak buat bentuk buah tembikai rasa macam rumit untuk dibuat, ibu-ibu boleh guna acuan agar-agar yang bercorak atau terus ke loyang pun boleh. Kesedapan puding ni bukan terletak pada corak tapi pada rasa.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 20gm agar-agar strip
- 4 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 biji putih telur gred A
- 1 biji kuning telur
- coklat chip(biji tembikai)
- Pewarna merah dan hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN PUDING TEMBIKAI :
▶️ Mula-mula, didihkan air dan masukkan agar-agar. kacau sehingga agar-agar hancur.
▶️ Selepas itu, masukkan gula dan esen vanilla,kacau lagi hingga gula larut.
▶️ Angkat dan tapiskan, ketepikan biar hingga agar-agar suam-suam kuku dalam 15 minit
* (Meringue)pastikan putih telur tidak bercampur dgn kuning telur dan air. Pukul putih telur dengan high speed hingga kembang dan kental.
▶️ Kemudian, masukkan kuning telur, bagi rasa lemak-lemak sikit dan lebih sedap. Pukul lagi hingga kembang dan gebu.
▶️ Selepas itu, tuang agar-agar yang dah suam sedikit demi sedikit sambil pukul hingga ke dasar mangkuk.
▶️ Jangan masukkn agar-agar sekaligus kerana ia akan menyebabkan adunan putih telur terpisah dan terapung dari agar-agar.
▶️ Pukul selama 5-10 minit hingga adunan menjadi sejuk dan gebu.
▶️ Kemudian, tuang adunan ke dalam bekas yang telah di basahkn supaya senang untuk dikeluarkan dari bekas nanti.
▶️ Titikkan 2 sudu teh pewarna merah dibahagian tengah adunan untuk di jadikn isi tembikai.
▶️ Kacau dengan sudu membentuk bulatan hingga rata. Kacau dengan berhati-hati supaya warna tidak terkena pd dasar mangkuk.
▶️ Sejukkan dalam peti ais hingga mengeras dalam 1/2 jam.
▶️ Sisipkan puding dgn pisau supaya senang untuk terbalikkan.
▶️ Celup berus dengan pewarna hijau dan sapu ke seluruhan luar puding sbgai kulit tembikai dan buat corak tembikai sekali
▶️ Biarkan pewarna kering baru simpan dalam peti ais
▶️ Keluarkan puding dan terbalikkan semula. Permukaan isi tembikai di bahagian atas bahagian kulit dibawah.
▶️ Akhir sekali, potong perlahan-perlahan kemudian letak coklat chip sbgai biji tembikai.
Bahan Sos kastad :
- 1tin susu cair
- 1 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 3 sudu tepung kastad
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA-CARA PENYEDIAAN SOS KASTARD:
▶️ Satukan semua bahan-bahan dalam periuk, kacau rata hingga mendidih dan siap
BACA JUGA : Cara Buat Keropok Nasi Bawang Putih. Lebih Sedap Dan Mudah Untuk Dibuat Sendiri!
Tengoklah hasilnya! Macam tembikai sebijik bila dah dipotong. Curah pula sos kastard diatas puding memang sedap sangat. Rasa macam makan buih-buih pun ada.
Putih telur akan termasak sendiri dengan agar-agar yang suam semasa proses campuran. Kalau ada yang elergik telur memang tak digalakkan makan puding ni.
Resepi puding tembikai dengan sos kastard sangat mudah dan sedap, tambah pula dimakan sejuk-sejuk. Selamat mencuba!