Masak apa hari ini? Sedapkan kalau dapat makan ayam buttermilk. Kalau buat ni pasti anak-anak suka. Resepi Ayam Buttermilk Salted Egg Yolk kalau buat bukan setakat anak-anak je suka, kita pun suka jugak.
Nak buat ayam buttermilk salted egg sangat sedap, cara nak buat pun tak susah dan bahan yang diperlukan juga tidak rumit. Rasanya lemak, manis, masin secukup rasa. Aroma dari daun kari menaikan lagi Rasa kesedapannya.
Biasanya ayam yang digunakan untuk hidangan ini ialah dada ayam. Dada ayam biasanya kurang dapat sambutan bila digoreng, tapi bila dipotong dan digoreng dengan tepung pasti cepat je habis.
Hidangan buttermilk salted egg ini menggunakan susu cair dan telur masin yang dimasak sekali dan ayam akan disalut bersama bahan-bahan tadi. Mungkin sesetengah orang tak boleh terima ayam yang dimasak dengan susu, tapi percayalah rasanya pasti sedap.
Boleh sahaja kalau nak masak ayam yang bahagian tulang, cuma ayam perlu digoreng terlebih dahulu dengan tepung baru dapat ayam rasanya yang crispy. Resepi ini atas perkongsian daripada saudari Rafizah Mustapa.
RESEPI AYAM BUTTERMILK SALTED EGG
Hidangan ini menggunakan telur kuning dari telur masin yang akan dicincang sebelum dicampurkan dalam kuah buttermilk. Kalau nak senang boleh sahaja guna serbuk salted egg yang banyak dijual dipasaraya.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Isi ayam 300grm
- 3 biji telur masin di rebus dan di ambil telur kuningnya dan di cincang
- 2 sudu besar butter
- 3 ulas bawang putih di cincang
- 4 – 6 biji cili padi – ikut kepedasan
- 3 pelepah daun kari
- 1 cawan susu cair
- garam, gula, serbuk perasa secukup rasa.
Bahan gorengan ayam :
- 4 sudu besar tepung jagung/ubi
- 1 sudu kecil serbuk kari
- 1/2 sudu kecil garam
- Semua bahan digaul
CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM BUTTERMILK SALTED EGG YOLK
▶️ Mula-mula, salut ayam dengan bahan gorengan dan goreng ayam hingga kekuningan. Angkat ayam dan ketepikan.
▶️ Kemudian panaskan kuali masukkan butter . Tumis bawang putih, cili padi, daun kari, diikuti dengan kuning telur. Masak hingga bau wangi.
▶️ Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air atau tepung jagung di bancuh sesikit air jika nak kuah pekat.
▶️ Perasakan dengan garam gula secukupnya. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati dengan kuah. Hidangkan.
BACA JUGA : Resepi Cekodok Salted Egg Yang Mewah Dengan Pelbagai Bahan, Garing Diluar Lembut Didalam!
Ni kalau nak makan kat kedai dah berapa ringgit, pastu sikit je, baik buat sendiri lagi puas makan. Dapat buat banyak sikit bagi anak-anak makan seronok bila tengok mereka makan bertambah-tambah nasi tu.
Bahan-bahan untuk gorengan ayam, caranya agak mudah. Tapi jika nak lagi senang boleh sahaja gunakan tepung goreng serbaguna, terus boleh buat bancuhan tepung dan goreng ayam tersebut.
Sedapkan bila dapat makan macam ni sekali sekala. Yang rumitnya nak kena goreng isi ayam tu, tapi bila dah siap masak memang sedap dimakan dengan rasa lemak, masin dan manis dari kuahnya. Jangan lupa mencuba resepi ayam buttermilk salted egg yolk ini!