Resepi Ikan Siakap Pla Rad Prik. Resepi Ala Thai Yang Mewah Dengan Rasa!
Kalau anda penggemar masakan Thai. Pasti anda akan tertarik dengan resepi dikongsikan iaitu ikan siakap masak sos pla rad prik ni. Satu hidangan Thai yang dapat membangkitkan selera anda. Lengkap dengan rasa pedas, manis, masam malah rasa isi ikan siakap itu dah cukup fresh manis dan sedap.
Resepi ni sangat menarik kerana menggunakan bahan yang cukup ringkas yang boleh didapati didapur anda sahaja. Kalau nak masak rencahnya hanya menggunakan campuran sos ikan, bawang putih, air asam jawa, cili padi dan daun ketumbar. Bagi menyedapkan lagi boleh guna gula nipah atau palm sugar. Pasti anda akan enjoy makan nanti.
Walaupun simple je bahannya, tapi rasa bukan biasa-biasa. Cukup rasa, macam makan di restoran Thai mewah. Selain tu, yang membuatkan menu ni cukup mantap bila ikan siakap digoreng garing-garing dulu, lepas tu baru dicurahkan sambal yang telah dimasak ke atasnya. Pasti kecur air liur dibuatnya.
Biasanya kalau masakan Thai ni semua orang tahu kaya dengan dengan bahan wangi seperti daun ketumbar, bawang putih dan sos ikan. Hidangan ni kalau dimakan dengan nasi putih pun cukup menyelerakan. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Takde menu lain tidak menjadi masalah dah.
Resepi ikan siakap masak sos pla rad prik dikongsikan oleh Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan memang cukup simple je. Dengan sos yang pekat likat, warna pun cantik dan bahan pun yang lengkap. Ini antara resepi yang patut ada cuba. Buat sosnya banyak sikit baru puas makan.
RESEPI IKAN SIAKAP MASAK SOS PLA RAD PRIK
Nak buat masakan ni wajib ada rasa masam, masim, manis dan pedas. Kalau nak lagi padu boleh gunakan jus limau. Tapi kalau dah ada air asam jawa ni dah tak perlu dan air limau tu. Cukup menyelera dah. Akar ketumbar juga memainkan penting supaya makan kita sedap dan wangi.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Ikan siakap (disalut dengan tepung jagung dan garam)
- Sos ikan
- Bawang putih
- Air asam jawa
- Gula nipah
- Cili padi
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP MASAK SOS PLA RAD PRIK :
▶️ Bersihkan ikan dan sapukan tepung jagung dan garam. Baru lah sos dapat meresap pada ikan.
▶️ Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan.
▶️ Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam. Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar.
▶️ Dah wangi. Masukkan gula putih. Kemudian masukkan juga air asam jawa.
▶️ Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin.
▶️ Kemudian masukkan gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Nak pakai gula melaka pun boleh.
▶️ Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam.
▶️ Letak ikan atas piring dan tuang sos keatasnya. Dah siap!
BACA JUGA: Resepi Kek Pisang Coklat Yang Lembut, Gebu Dan Sedap. Hanya Guna Bahan Simple Je!
Yummy! Letakkan ikan dalam piring, lepas tu curahkan sos tadi tadi keatasnya. Kalau nak hiasan dengan daun ketumbar pun boleh. Bila masuk ke mulut baru nikmatnya macam mana. Serius padu betul rasa. Selain ikan siakap anda boleh je nak tukar ikan lain. Bergantung kepada citarasa masing-masing.
Kalau buat hidangan ikan siakap masak sos pla rad prik untuk suami dan mertua ni mesti kena puji melambung-lambung. Sos yang lengkap dengan semua rasa buatkan sedap digaulkan dengan nasi. Memang hilang diet kalau dapat makan hidangan yang istimewa ni.
Rugi kalau anda tak cuba resepi ikan siakap masak sos pla rad prik. Serius anda wajib try resepi ni. Pasti puas hati dan akan repeat lagi. Semoga dengan perkongsian resepi ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!