Resepi Mac And Cheese Yang Simple Dan Mudah. Hanya Menggunakan 4 Bahan Sahaja Namun Rasanya Sangat Lazat!
Mesti ramai kat sini yang sukakan cheese kan? Dari pizza, dessert, roti sampailah ke makanan western. Mana-mana makanan yang berasaskan cheese mesti menjadi kegemaran ramai. Jadi hari ni apa kata kita tengok resepi mac and cheese yang paling simple dan sangat sedap. Sesuai untuk hidangkan sarapan pagi anak-anak anda.
Masakan spagethi ke, macaroni ke, sebenarnya memang dah sinonim dengan cheese. Dalam resepi ni mengunakan kepingan cheese atau cheese mozzarella. Lagi bertambah sedap dan lazat bila ditambah dengan serbuk cheese. Bila makan hidangan ni lebih rasa padu dan terangkat.
Selain rasa yang sangat sedap dan lazat. Cara penyediaan resepi ni sangat mudah dan bahan yang gunakan pun tidaklah renyah. Masak 15 minit je dan siap. Buat untuk sarapan atau makan malam memang sesuai sebab nak sediakannya senang. Rasa pun lazat dan juga mengenyangkan.
Rasa macaroni cheese ni sedap berlemak-lemak. Macam biasalah, sedap berlemak tu disebabkan bahan susu segar. Kalau nak kuah lebih, boleh lebih kan susu segar, begitu juga sebaliknya. Tapi kebiasaannya orang buat kuah yang sedang elok dengan kuantiti macaroni tu.
Sebab kebanyakannya cepat muak kalau kuah susu berlebihan. Namun, semuanya terpulang pada selera masing-masing. Resepi yang mudah ni dikongsikan dilaman facebook iaitu Cik Puan Umi Watie. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang simple dan mudah. Sekali sekala ubah selera anak-anak pasti mereka suka.
RESEPI MAC AND CHEESE
Kalau tekak melayu juga memang sinomin dengan rasa pedas. Tapi kalau anda suka rasa sedikit pedas boleh tambahkan chilies flake. Bila makan nanti takde rasa muak sangat. Pasti anda pun dah tak sabar nak cuba kan! Tanpa membuang masa, apa kata lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi mac and cheese ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 2 cawan macaroni
- 2 cawan susu fresh cream
- 1 cawan serbuk cheese
- 4 keping keju
- 1 sudu daun parley
CARA PENYEDIAAN MAC AND CHEESE :
▶️ Basuh bersih macaroni tadi, masukkan ke dalam periuk bubuh susu fresh cream. Kalau nak bancuh susu anak pun boleh.
▶️ Kemudian masukkan ½ cawan air kosong. Boleh dah hidupkan api.
▶️ Lepas tu rebus semua bahan tadi. Kalau nampak berbuih ni jangan risau. Api jangan besar sangat tau. Rebus macaroni sampai lembut.
▶️ Macaroni dah masak elok. Susu masih ada dalam 1 cawan gituh. Masak macaroni jangan sampai kering susu tau. Slow kan api.
▶️ Masukkan secawan serbuk cheese. Kacau sebati.
▶️ Kemudian, masukkan 4 keping cheese tadi. Kacau-kacaukan lagi biar cheese cair dan sekata. Masa ini dah matikan api tau. Tapi periuk masih panas.
▶️ Taburkan daun parsley. Dah siap! Kalau nak pedas boleh taburkan chilies flake.
BACA JUGA: Resepi Mee Kari Yang Padu Dan Marvelous. Confirm Semangkuk Tak Cukup Dibuatnya!
Tada! Dah siap! Kalau anda nak kuah banyak, boleh lebihkan susu segar, sesetengah orang taburkan lagi mozzarella cheese di akhir sekali masakan. Lepas tu bakar. Rasanya lebih sedap. Kalau anda ada oven, bolehlah cuba nanti. Pasti anda akan teruja dengan hasilnya nanti.
Tapi kalau tak ada oven pun, masak je sekali mozzarella cheese dan gaulkan dengan mozaroni. Bila makan panas-panas memang sedap. Lagi-lagi bila dapat tarik cheese tu. Yang hantu cheese sekali cuba pasti akan repeat lagi.
Resepi mac and cheese sedap dan enak ni sebenarnya kena tahu selera tekak masing-masing. Sama ada suka cheese banyak atau tak, dan terpulang juga dengan selera nak nak letak cili ke tak. Semoga dengan resepi yang dikongsikan ini dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.