Resepi Ayam Sambal Bali Yang Marvellous. Hidangan Simple Tapi Sedap Menjilat Jari!

0 1,668

Resepi Ayam Sambal Bali kali ini versi tak letak serai, tapi masih lagi sedap! Kebiasaan ayam sambal bali akan dimasukkan serai yang agak banyak untuk menaikan lagi aroma sambal bali.

Ada yang kata ayam sambal bali ni rasa lebih kurang dengan ayam kicap pedas, Cuma tak diletakkan madu dan dilebihkan serai. Yang pasti ayam sambal bali ni sangat sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas.

Ayam masak bali rasanya lebih berbeza dari masakan ayam sambal yang lain dan mempunyai rasa yang tersendiri keran diletakkan daun kari dan serai. Hidangan ini sangat sesuai kepada siapa yang dah bosan dengan hidangan ayam yang biasa-biasa.

Resepi ayam masak bali yang diminati ramai dan pernah menjadi satu hidangan fenomena sebelum ini telah dikongsi oleh Hidayah Marzuki. Resepi yang simple dan mudah ini ibu-ibu boleh cuba untuk hidangan berbuka puasa atau makan tengahari.

Bagi yang belum pernah cuba buat masakan ayam bali ni, inilah masa yang sesuai untuk hidangkan buat keluarga tercinta. Sekali rasa, pasti akan jatuh hati!

 

RESEPI AYAM SAMBAL BALI

Ayam sambal bali memang sesuai untuk pengemar makanan pedas. Jika tidak mahu terlalu pedas boleh kurangkan kuantiti cili giling atau tukar kepada cili yang tidak pedas yang sesuai untuk kanak-kanak makan.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • Cili giling
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Ayam ( digoreng dahulu dengan serbuk kunyit dan garam )
  • Perencah secukup rasa
  • Air
  • Garam
  • Gula

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM SAMBAL BALI : 

▶️ Kisar bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air.

▶️ Selepas itu, tumiskan bahan kisar tadi bersama daun kari sehingga garing dan naik bau.

▶️ Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan sos tiram, kacau dan masukkan ayam.

▶️ Seterusnya, masukkan kicap dan kacau seketika. Masukkan air sedikit. Jika ingin berkuah boleh letak air lebih. Biarkan seketika.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan secukup rasa, garam dan gula. Kacau sampai sebati dan siap!

 

BACA JUGA : Resepi Udang Khamped Sedap Dan Padu! Makanan Thai Yang Wajib Cuba

 

Fuh! Mengancam betul tengok ayam sambal bali ni. Dah rasa tak sabar nak makan, boleh buat bertambah-tambah makan nasi ni. Satu hidangan ayam sambal bali pon dah cukup menyelerakan.

Kebiasaan ayam sambal bali dimasak agak sedikit kering, tapi boleh sahaja nak bagi berkuah sedikit dengan lebihkan air semasa memasak. Untuk bagi nampak variasi masakan ayam sambal bali ini, ibu-ibu boleh masukkan ubi kentang goreng di dalam sambal.

Mengancam betul resepi ayam sambal bali ni. Pasti ada ibu-ibu dah tak sabar untuk masak hari ni. Hidangan yang mudah dan ringkas ini lebih menyelerakan lagi jika dimakan dengan nasi panas-panas. selamat mencuba ibu-ibu!

Leave A Reply

Your email address will not be published.