Resepi Soto Ayam Letop Yang Sangat Sedap, Dihidangkan Sekali Dengan Sambal Kicap Dan Bergedil Yang Meletop!

0 2,304

Soto ayam adalah sup ayam yang dimakan dengan nasi impit, lontong, ketupat nasi, bihun atau mee. Di Indonesia, soto ayam merupakan sup ayam yang pedas dan berwarna kuning. Resepi Soto Ayam Letop akan kami kongsikan pada hari ini.

Soto merupakan sup yang dimakan dengan nasi impit, biasanya hidangan ini sangat femes pada hari raya. Selain dari nasi impit, soto juga akan dihidangkan denga bihun, jadi akan ada dua pilihan hidangan untuk dimakan.

Bahan-bahan lain yang wajib ada yang perlu dimakan dengan soto ialah sambal kicap, bergedil, suhun goreng dan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Bahan-bahan ini merupakan pelengkap rasa soto tersebut, baru sedap bila makan.

Hidangan ini mungkin kalau di Indonesia akan menggunakan kunyit untuk menjadikan warna sup kekuningan, tapi di tempat kita tak semua akan meletakkan kunyit didalam sup dan biasanya akan makan sup yang biasa kita makan dengan nasi tanpa tambah apa-apa perwarna.

Walaupun hidangan ini berasal dari Indonesia, tetapi agak femes di Singapore dan Malaysia sehingga dijadikan hidang pada hari-hari istimewa seperti hari raya. Resepi soto ayam ini telah dikongsi oleh saudari Khadijah Jaafar.

 

RESEPI SOTO AYAM LETOP

Hidangan ini sedap bila dimakan dengan sambal kicap, sambal kicap yang padu rasanya mestilah kena cukup pedas, lagi pedas lagi sedap rasanya. Ditambah pula makan dengan bergedil lagi sedap. Mungkin tak semua tempat yang tahu cara untuk makan soto ayam ini sebab ini makanan dari indonesia.

photo6271635297615850588.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 ekor ayam – potong 4
  • 3 sudu besar rempah soto/rempah sup
  • ¼ sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 jug air
  • 4 sekawan -Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga

 

Bahan kisar :
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SOTO AYAM LETOP
▶️ Tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit kuning. Kemudian, masukkan ayam bersama dengan rempah soto/rempah sup. Jika tiada rempah soto ganti dengan rempah sup.

▶️ Kacau sehingga sebati dengan ayam. Bila sudah sebati dengan ayam, tuangkan air. Masukkan serbuk lada putih, perasakan dengan garam. Masakkan sehingga mendidih dan ayam masak.

▶️ Setelah masak, keluarkan ayam. Gorengkan ayam sehingga luarnya garing. Angkat dan carikkan ayam.

 

Bahan-bahan sambal kicap:
  • 2 genggam cili padi hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap

photo6271635297615850587.jpg (960×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL KICAP

▶️ Goreng seketika dua bahan di atas.

▶️ Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. Bila digoreng sambal kicap akan tahan lama dan lebih sedap.

▶️ Kemudian kisarkan dalam blender dengan kicap. Kicap letak sehingga tutup paras cili.

▶️ Kisar sehingga hancur semuanya.

 

Bahan-bahan untuk bergedil :
  • 5 biji kentang – kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
  • 3 sudu besar daging cincang/ayam cincang
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • Sedikit daun sup
  • ¼ sudu kecil serbuk lada putih
  • Garam
  • 1 biji telur ayam

photo6271635297615850586.jpg (960×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN BERGEDIL

▶️ Goreng dulu ubi kentang sehingga lembut dan kekuningan.

▶️ Kemudian lenyekkan ubi kentang semasa masih panas. Masukkan daging cincang, daun sup, lada putih dan garam. Bentukkan bergedil.

▶️ Panaskan kuali. Sementara itu, pecahkan telur, kacau telur.

▶️ Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Nagasari Yang Lemak-Lemak Manis, Sangat Lembut Bila Dimakan Dan Sangat Sedap Sekali!

 

Makan soto ni macam makan nasi dengan sup ayam sahaja, cuma nasinya menggunakan nasi impit. Kesedapan soto bergantung pada rasa sup dan sambal kicapnya. Sup dan sambal kicap perlu secukup rasa bagi mendapatkan kesedapan yang diingini.

6272828.jpg (1200×800)

Kalau yang sukakan pedas, pasti akan sukakan sambal kicap ni. Salah satu penaik rasa ialah sambal kicap, sebab itu kicap dipanggil penambah selera ketika makan, tak kira makan apa pun jika ditambah dengan kicap pasti akan sedap makanan itu.

Soto bukan sahaja boleh dimakan pada hari raya, pada hari biasa pun boleh dijadikan hidangan minum petang atau dihidangkan kepada tetamu-tetamu yang datang berkunjung dirumah. Resepi saoto ayam letop ini sangat mudah dibuat dan dijamin hasilnya meletop, selamat mencuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.