Resepi Bakwan Sayur Goreng Rangup Dan Enak. Hidangan Yang Bikin Ketagih!

0 1,076

Buat mak-mak yang dah pening, nak buat apa sarapan pagi ataupun minum petang untuk keluarga! Apa kata anda cuba resepi bakwan sayur goreng ini. Resepi bakwan ni paling simple dan mudah untuk disediakan. Anak-anak pun pasti suka.

Bakwah sayur yang confirm rangup, memang sedap & berkhasiat. Boleh pikat selera anak, yang cerewet makan sayur pun mesti suka bakwan ni. Nampak sama macam cucur, tapi rasanya agar lain sebab ada beberapa tambahan bahan yang buatkan anda makan tak boleh berhenti.

Campuran tepung gandung dan tepung beras menjadikan bakwan sayur ini menjadi lebih rangup dan enak. Nak lebih sedap boleh jugak letak udang. Rasa manis-manis udang memang membangkitkan lagi selera anda. Bakwan sayur ni sangat sedap dimakan panas-panas dan dicicah dengan sos cili thai.

Bahan-bahan yang digunakan sangat simple dan mudah didapati. Kalau nak pelbagaikan jenis sayur pun, biasanya resepi ni menggunakan lobak merah, kubis dan jagung. Tapi nak letak taugeh pun boleh. Sebab nak paksa anak-anak makan sayur memang susah, jadi mak-mak mesti bijak dalam mempelbagaikan menu untuk mereka.

Yang mana nak cuba bakwan sayur goreng macam ni, boleh follow je resepi daripada Khadijah Jaafar. Resepi yang ringkas tapi rasa yang sangat sedap dan berkhasiat untuk keluarga. Lagipun bila buat sendiri lagi puas makankan. Tak rugi cuba tau!

 

RESEPI BAKWAN SAYUR GORENG

Hidangan ni juga syok dihidangan dengan kopi panas, confirm tak berhenti mengunyah. Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi bakwan sayur goreng ini. Jom masak!

Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan sayur :
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 cawan isi jagung
  • 1½ cawan lobak merah (disagat halus)
  • 1 ½ cawan kobis (dihiris halus)
  • 1 batang daun bawang (dihiris halus)
  • 6 ekor udang (dipotong kecil-optional)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuh hancur)
  • Air sejuk secukupnya

 

Bahan bumbu :
  • 1/2 sudu kecik serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis
  • Garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN BAKWAN SAYUR GORENG :

▶️ Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam mangkuk besar. Seperti tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kobis, daun bawang, udang serta bawang putih.

▶️ Langkah seterusnya, masukkan bahan bumbu iaitu, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula garam.

▶️ Tuangkan air sedikit demi sedikit, kacau adunan sehingga sebati, pastikan air tu sejuk. Adunan tidak teralu kental ataupun terlalu cair. Ini supaya bila digoreng akan jadi nipis & rangup. Tambahkan penyedap rasa secukupnya.

▶️ Panaskan minyak, bila minyak dan cukup panas. Goreng adunan hingga garing. Angkat & toskan minyak.

▶️ Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Sotong Bakar Berempah Memang Padu Habis. Sangat Juicy Dan Sedap Pasti Anda Suka!

 

Waah! tengok gambar pun dan menarikkan. Sedapnya dapat makan bakwan sayur ini panas-panas suam macam tu. Hidangkan dengan cos cili thai memang layan lah. Kalau suka pedas, boleh je tambah potongan cili padi dan masukkan dalam adunan kita.

Nampak menyelerakan. Senangkan! Kalau beli dikedai tidak seperti yang kita inginkan. Ada yang tidak rangup dan sedikit minyak, tapi kalau buat sendiri mesti lebih puas hati. Resepi yang mudah tapi banyak khasiatnya. Sesuai untuk dihidangkan pada keluarga tersayang.

Save dulu resepi ni, bila ada kelapangan boleh cuba nanti. Nak guna apa jua sayur-sayuran pun boleh. Semoga pengkongsian cara menyediakan  resepi bakwan sayur goreng ini dapat memberikan manfaat pada semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.