Resepi Bihun Sup Utara. Makan Dengan Sambal Cili Merah Memang Padu Habis!

0 3,338

Kalau pernah makan bihun sup utara mesti perasan warna bihun mesti warna kuning. Bihun sup utara rasanya sangat sedap kerana kuahnya menggunakan sup daging atau tulang.

Bila pertama kali makan bihun sup utara agak pelik juga dengan warna bihun yang kuning. Rupanya bihun akan direbus sekejap dalam air yang berisi kunyit untuk menjadikan bihun itu lebih menarik berwarna kuning.

Satu lagi keistimewaan bihun sup utara ni ada pada sambal cili merah. Makan bihun sup kena letak sambal cili merah baru kick habis, rasa pedas sambal cili merah akan menaikan lagi kesedapan bihun sup.

Kebiasaan bihun sup utara akan dimakan dengan hirisan daging atau ayam goreng. Mesti ada yang pelik makan dengan ayam goreng, biasanya ayam yang direbus je.

Ayam goreng, sambal cili merah dan bihun kuning merupakan keunikan bihun sup utara dan agak berbeza sedikit dengan bihun sup tempat lain. Resepi bihun sup sedap ini telah dikongsi oleh Zaini Talib.

 

RESEPI BIHUN SUP UTARA

nak makan bihun sup mesti kena lengkap semua bahannya, seperti lobak masin, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan lain-lain lagi baru sedap dan rasa macam makan dikedai.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 peket bihun
  • 1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit

 

CARA PENYEDIAAN BIHUN :

▶️ Rebus bihun dalam air yang mendidih dah ditambah serbuk kunyit

▶️ Apabila bihun sudah lembut terus bilas dengan air paip, dan kemudian ditapis..

 

Bahan-bahan untuk menyediakan sup tulang :
  • 1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 2 @ 3 inci halia ( diketuk )
  • 4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 4 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk )
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil bunga cengkih ( ditumbuk kasar )
  • 1/2 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk kasar )
  • 3 bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit batang daun sup
  • Air secukupnya

CARA-CARA PENYEDIAAN SUP TULANG :

▶️ Masukkan semua bahan bahan didalam periuk.

▶️ Selepas itu, rebus tulang dan daging sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.

▶️ Selepas sup sudah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup, untuk wangikan lagi sup tersebut.

 

Bahan-bahan sambal cili merah :
  • Cili kering ( dikisar )
  • Sedikit bawang putih ( ditumbuk )
  • Sedikit bawang merah kecil ( ditumbuk )
  • Asam keping @ air asam jawa @ cuka
  • Garam
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL CILI MERAH :

▶️ Mula-mula tumis bawang kemudian masukkan cili , masak sampai pecah minyak.

▶️ Selepas itu, masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka.

▶️ Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.

 

Bahan-bahan sampingan :
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bawang goreng
  • Tauhu digoreng

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Red Pearl Ranggup. Biskut Yang Mudah Dibuat Untuk Hari Raya!

 

Wah! Dah macam makan kat kedai, kalau buat sendiri lagi puas hati sebab boleh mengikut selera kita. Yang penting sambal mesti sedap dan pedas baru padu rasa bihun sup tu.

Jika ingin buat tambahan sambal boleh juga sediakan sambal kicap, kadang-kadang kicap ni boleh jadi penyedap untuk makanan.

Benda penting untuk bihun sup utara, sambal kena merah dan bihun kena kuning. Kalau tak jadi bihun sup biasa saja. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.