Resepi Cheesekut Tiramisu Yang Sedap Dan Creamy. Pemanis Mulut Yang Paling Awesome!

0 1,467

Kalau dapat makan kek yang sejuk dan menyelerakan pada musim panas memang betul-betul nikmat. Siapa kat sini penggemar kek cheesekut tiramisu? Jom hari ni kita cuba resepi cheesekut tiramisu yang super sedap dan melting dalam mulut. Biasanya pemanis mulut yang lembut, manis dan lemak berkrim ni pasti ramai yang menyukainya.

Confirm terus jadi favorite. Makan waktu sejuk-sejuk lepas keluar dari peti sejuk tu paling nikmat sekali. Kesedapan cheesekut tiramisu ni juga terletak pada lapisan keknya yang mempunyai pelbagai rasa. Rasa biskut, lemak manis cheese dan taburan milo juga memang kombinasi yang sungguh enak.

Setiap suapan rasa feeling habis. Cara penyediaan resepi ni pun tidak renyah. Tidak perlu pakai penggukus atau oven. Hanya perlu mixer sampai sebati whipping cream dan vanila. Kemudian biskut hanya direndam sekejap dengan air kopi sahaja. Dan disejuk di dalam peti sejuk. Hasilnya cukup sedap dan marvelous.

Resepi ni dikongsikan dilaman facebook Cik Puan Ariana Sofia Ahmad dapat hasilnya kek tiramisu cheesekut yang sedap dan cukup berasa. Kek nya pun cantik dan menarik warnanya. Kek ni memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa, sama ada untuk hidangkan pada keluarga ataupun untuk disajikan pada tetamu.

Cheesekut tiramisu memang sangat lazat, dan berkrim. Kalau nak makan pakai sudu pun boleh. Untuk hasil yang lebih sedap boleh taburkan topping apa-apa sahaja yang anda suka. Contohnya serbuk oreo ataupun buah potong. Wah pasti anak-anak pun akan suka.

 

RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU

Kalau nak buat dessert cheesekut tiramisu macam ni juga sesuai kalau buat dalam bekas kecil-kecil dan banyak, berbanding buat satu bekas besar. Mudah nak sediakan dan nak menjamahnya nanti. Nak hidangkan pada tetamu pun senang. Dah tak perlu potong-potong dah.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 400g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1 paket biskut cream crackers
  • 1 uncang 3 in 1 coffe
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu esen vanila
CARA PENYEDIAAN CHEESEKUT TIRAMISU :

▶️ Mula-mula rendam coffee dengan air panas. Ketepikan biarkan sejuk.

▶️ Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream dan esen vanila. Masukkan pula gula. Mixer sampai sebati sampai cheese tak berketul.

▶️ Dah siap masukkan dalam pipping bag. Senang nak letak atas biskut nanti.

▶️ Lepas tu ambik biskut celup dalam air coffee tadi. Celup kedua-dua bahagian. Jangan sampai terlampau lembik pulak.

▶️ Susun biskut dalam bekas. Nak senang, ukur siap-siap size biskut dengan bekas. Letak 2 keping biskut setiap lapisan.

▶️ Pipping cheese atas biskut yang di susun tadi. Sambung susun biskut lagi yang dah dicelup air coffee.

▶️ Lapisan ke 3, cheese bahagian atas ratakan dengan spatula. Bila ratakan barulah nampak cantik.

▶️ Sejukkan dalam peti ais selama 6-7 jam.

▶️ Lepas dah sejukkan, ayak milo bahagian atas. Kalau guna ayak, serbuk milo nampak lagi halus dan tak berketul. Jangan guna milo 3 in 1, nanti manis sangat.

▶️ Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Kicap Yang Sedap, Pekat Dan Aroma Sangat Wangi. Pasti Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Wah dah siap! Hidangan cheesekut tiramitsu ni bila buat dengan air tangan sendiri memang puas hati! Tambahan lagi sedap rasanya, cukup berlemak manis dan lembut. Setiap kali cedok je terasa lembut cream cheese ni, kalau masuk ke mulut apatah lagi. Nikmat betul makan cheesekut yang lemak berkrim dan ranggup biskutnya.

Caranya pun mudah dan simple. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Resepi ni juga memang sesuai buat pemanis mulut. Ianya juga senang untuk disediakan. Kalau buat majlis keramaian pun boleh juga hidangkan sajian ni pasti ramai orang suka.

Kalau baru nak belajar buat, boleh follow resepi yang dikongsikan diatas. Rasa yang padu memang rugilah kalau anda tak cubanya. Semoga dengan perkongsian resepi cheesekut tiramisu ni dapat memberi anda manfaat. Boleh share juga pada kawan-kawan supaya sama-sama dapat mencuba resepi ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.