Resepi Sambal Sotong Kembang Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Bikin Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Pasti ramai yang suka makan sambal sotong kembang kan? Kalau pergi ke pasar tu dan jumpa sotong kembang ni, kadang-kadang tak tahu nak buat resepi apa? Jadi apa kata kita cuba masak resepi sambal sotong kembang yang simple dan sedap ni. Pasti anda akan suka hasilnya nanti.
Walaupun hidangan ni sangat simple dan tapi ianya sangat berselera juga untuk dimakan. Sambal sotong kembang ni kalau makan dengan nasi putih biasa pun dah sedap. Apatah lagi kalau dimakan dengan nasi lemak pandan. Confirm boleh bertambah-tambah dibuatnya.
Ada sesetengah orang ni memang tak suka makan sotong kembang ni sebab rasa dan tekstur dia agak berbeza dengan sotong yang biasa kita makan dan masak. Sotong kembang isinya lebih liat sedikit berbanding dengan sotong biasa. Tapi bila dimasak kena dengan caranya. Sotong ni akan lembut dan sedap untuk dimakan.
Cara penyediaan resepi ni pun mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Bagi yang baru nak mencuba masak sotong kembang nie boleh follow perkongsian resepi dari Cik Puan Bahiah Saripuddin dilaman facebooknya. Rasa yang sedap pasti anda akan menyukainya.
Hidangan ni juga sesuai untuk hidangkan pada bila-bila masa sama ada untuk makan tengahari atau makan malam. Selain ianya sedap dimakan dengan nasi putih. Resepi ni juga sesuai dimakan dengan bihun goreng ataupun lontong. Terpulang pada selera masing-masing. Jom lihat resepinya.
RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG
Kebiasaan sebelum dimasak sambal, sotong kembang ni biasanya perlu direbus dulu untuk lembutkanya. Tak lama pun, rebus dalam 5 minit je. Nanti bila nak masak sambal cepat untuk siap. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana penyediaan resepi ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 ekor sotong kembang
- 8-9 biji cili kering besar
- 4 biji bawang merah
- 1/2 biji bawang holand
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN SAMBAL SOTONG KEMBANG :
▶️ Blanderkan semua bahan kecuali cili kering, tumis dulu bagi air kering. Cili kering pula, rebus dulu bagi lembut dan toskan.
▶️ Buang biji dan blanderkan dalam bekas bawang tadi. Masukkan dalam bawang yang ditumis.
▶️ Kemudian, kacau sebati sehingga ia pecah minyak garing. Boleh masukkan cili kisar, garam dan gula secukupnya.
▶️ Selepas itu, potong sotong kembang ikut keselesaan. Masukkan dan gaul sebati.
▶️ Tutup seketika bagi sotong tu lembut dan serap sambal.
▶️ Buka penutup. Dan nampak ia dah cukup sebati boleh diangkat.
▶️ Siap untuk dihidang. Selamat menjamu selera.
BACA JUGA: Resepi Biskut Coklat Rice Yang Super Delicious. Hidangan Yang Menjadi Kegemaran Semua!
Tada dah siap! Sedapnya tengok sambal sotong kembang ni. Sedap sangat bila dimakan dengan nasi panas-panas. Rasa yang manis pedas-pedas memang membangkitkan selera makan. Selama ni masak sambal udang, dan ikan, nanti boleh la masak pulak sambal sotong nih.
Cara masak pun sangat simple. Masa untuk merebus pun tak lama. Lepas ni kalau buat nasi lemak, boleh lah selit sekali masak sambal sotong kembang ni pula. Hidangkan pada hujung minggu anda. Confirm suami dan anak-anak anda akan menyukainya. Siap bertambah-tambah lagi.
Yang baru nak belajar resepi ni boleh je follow step by step resepi yang dikongsikan ni. Pasti anda tidak akan menyesal. Semoga dengan perkongsian resepi sambal sotong kembang ni dapat memberi anda manfaat dan inpirasi untuk mencuba pelbagai menu masakan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!