Resepi Ayam Percik Style Kelantan Memang Padu Rasanya. Anda Wajib Cuba Dirumah!

0 701

Mencari idea untuk memasak hari-hari ni kadang-kadang memang memeningkan. Pening nak fikir menu apa nak dihidangkan? Kalau asyik masak menu yang sama pun boring jugakkan. Jadi apa kata hari ni kita cuba satu resepi ayam percik style Kelantan. Simple dan sedap menu ayam percik ni. Malah ia juga sangat menyelerakan. Anda wajib cuba tau!

Sebenarnya rasa kuah percik ni lebih berlemak sebab menggunakan bahan santan. Kalau yang suka style macam ni memang rasa sedap tak terkatalah. Resepi ayam percik style kelantan sedikit kelain dari ayam percik di negeri lain. Kuah ayam percik berwarna putih. Jarang-jarang cuba resepi ni memang terangkat lah.

Cara penyediaan resepi ni sangat simple dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Tak perlu proses menumis pun. Nak guna santan kotak pun tak jadi masalah. Rasa tetap sedap dan sama je. Aroma dari kuah percik ni pun sangat wangi. Memang membangkitkan selera makan anda.

Resepi yang dikongsikan oleh  Cik puan Elvianna El-Zahra ni mudah je. Rugi kalau tak mencubanya. Kalau kat pasar malam tu bakar atas arang kan. Tapi kalau buat sendiri dirumah boleh kegunakan air fryer atau oven. Memang sangat mudah dan jimat masa. Malah ianya sedap untuk dinimati bersama keluarga nanti.

Selain tu, pes ayam percik, anda boleh boleh buat banyak-banyak untuk dijadikan stock. Kalau nak makan pun senang nanti. Selain makan dengan ayam, kuah percik ni juga sedap di makan dengan ikan, sotong, daging dan macam-macam lagi. Terpulang pada selera anda.

 

RESEPI AYAM PERCIK STYLE  KELANTAN 

Untuk cara potong ayam juga terpulang pada anda nak besar mana. Sama ada nak potong 4,8 dan sebagainya. Macam mana pun potong, janji kena pastikan ayam masak dengan sempurna. Suhu untuk ayam masak bergantung juga pada saiz ayam anda.

Bahan-bahan yang perlukan :   
Bahan perap :
  • 1 ekor ayam (potong 4)
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Perasa

*kisar kering semua bahan diatas dan perap bersama ayam selama 30 minit.

 

Bahan sos percik :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai
  • 2 sb cili kisar (cili kering)
  • 500ml santan pekat
  • 1/2 cawan gula kabung (nak manis boleh letak lebih gula kabung)
  • 3 keping asam keping (keluarkan dari kuah jika dah masam)
  • Perasa

 CARA PENYEDIAAN AYAM PERCIK STYLE KELANTAN :

▶️ kisar bahan sos percik. Kemudian masukkan bahan kisar dalam periuk /pan dengan api sederhana.

▶️ Masukkan gula kabung dan asam keping, kacau hingga kuah menjadi pekat. Masukkan perasa secukup rasa.

▶️ Masukkan ayam yang di perap tadi di dalam kuah percik tadi. Balik-balik kan ayam biarkan ayam hingga suku masak.

▶️ Keluarkan ayam dan bakar tanpa minyak didalam pan/kuali. Bakar hingga nampak ayam garing sedikit.

▶️ Apabila ayam dah nampk garing boleh letak ayam dalam pan, tuang sos atas ayam, dan bakar dalam oven atau air fryer 180 selama 15-20 minit. Sementara itu, kita masak semula sos percik tadi dalam 5 minit.

▶️ Siap bakar, boleh tuang lagi sos percik atas ayam tadi. Dan boleh cicah ayam dengan lebihan sos percik td.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Sotong Kembang Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Bikin Bertambah-Tambah Dibuatnya!

 

Wah! Siap untuk dihidang. Makan panas-panas serius sedap. Ayam percik ni makan macam tu je pun dah sedap. Tapi nak lagi sedap makan dengan nasi putih. Confirm lah sepinggan nasi tak cukup. Ada lauk ni pun dah cukup. Tak pandang lauk lain dah. Hidangkan untuk suami dan anak-anak pasti mereka akan suka nanti.

Nak buat pedas atau tak ikut pada selera anda. Yang penting cukup berasa dan aroma wanginya. Bila cicah kuah ni dengan ayam percik yang juicy, memang nikmat rasanya. Sesuai untuk buat dihidangan istimewa bersama keluarga anda nanti.

Dah banyak dah orang cuba buat resepi ayam percik style Kelantan ni. Yang pasti, bila dah buat sekali, mesti ulangnya lagi. Semoga dengan perkongsian resepi ni dapat memberi anda manfaat.  Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.