Resepi Lempeng Kelapa Dan Sambal Hijau Bilis. Yang Sedap Dan Lembut!

0 2,802

Ibu-ibu pernah tak makan lempeng kelapa atau dengan nama lain peknga? Resepi Lempeng Kelapa yang sangat mudah hanya perlu menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah sahaja.

Kalau pergi sebelah Kedah dipanggil peknga, Kalau pergi sebelah pantai timur jadi lempeng nyor. Kalau pernah bercuti di Terengganu lempeng kelapa akan dijual setiap pagi sebagai sarapan. Di kedah pula jarang orang menjual lempeng kelapa ni, kebanyakkan dibuat untuk makan sendiri.

Lempeng kelapa salah satu hidangan yang dimakan ketika sarapan dan juga dijadikan hidangan untuk minum petang. Lempeng kelapa biasanya akan dimakan dengan gulai ikan atau ayam, dan sambal.

Resepi lempeng kelapa telah dikongsi oleh Mariana Zainal, resepi ini sangat mudah dan senang untuk dibuat. Disertakan sekali resepi sambal untuk dimakan sekali dengan lempeng kelapa.

Lempeng kelapa merupakan makanan orang dulu-dulu untuk sarapan. Orang dulu-dulu memang kreatif untuk hasilkan hidangan yang tidak membosankan, dari lempeng tepung boleh divariasi kepada lempeng kelapa. Cara yang sama Cuma tukar bahan utama sahaja.

 

RESEPI LEMPENG KELAPA

Adunan tepung lempeng kelapa digaul bersama isi kelapa parut , lebih elok kalau diambil isi kelapa yang agak muda. Lepeng kelapa boleh dimasak diatas kuali kelapa, atau kuali yang tidak melekat sehingga garing dikedua belah permukaan.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan untuk penyediaan lempeng kelapa
  • Resipinya(untuk 10-11 keping lempeng)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar kelapa parut
  • 2  1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Sedikit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN LEMPENG KELAPA :

▶️ Mula-mula satukan semua bahan di atas, kacau guna whisk atau spatula dan rehatkan 5 minit sebelum di masak.

▶️ Panaskan kuali non-stick pan dengan api sederhana perlahan.

▶️ Selepas itu, ambik adunan 1 senduk dan masukkan ke dalam kuali.

▶️ Lenggangkan bagi nipis macam buat kuih ketayap, bila dah masak bahagian bawah terbalikkan dan biarkan betul-betul masak..

 

bahan-bahan untuk membuat sambal hijau :
  • Ikan bilis secukupnya (goreng garing toskan)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit garam
  • Sedikit bahan perasa jika suka

 

Bahan kisar
  • 30-35 pcs cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • 2 senduk minyak masak
    (kisar semua bahan ini)

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL HIJAU :

▶️ Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar ( jangan tumis guna minyak sebab dah masukkan minyak dalam bahan kisar tadi )

▶️ Tumis hingga naik minyak dan masukkan air asam jawa,gula dan bahan perasa.

▶️ Masak hingga sambal betul-betul naik minyak dan berubah kaler. Perasakan mengikut selera.

▶️ Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang digoreng garing tadi. siap untuk dimakan dengan lempeng.

 

BACA JUGA : Cara Buat Sate Ayam Dan Kuah Kacang, Resepi Yang Ohsem Dan Terlajak Sedap!

 

Mudah sangat nak buat lempeng kelapa ni. Satu hidangan ringan yang boleh dimakan bersama keluarga. Kalau tak suka makan dengan sambal boleh maniskan sedikit lempeng dan makan begitu sahaja.

Kalau dirumah masih lagi ada baki gulai ikan atau ayam semalam, jangan dibuang tapi boleh panaskan dan makan dengan lempeng kelapa memang sedap sangat, cara masak pun agak mudah.

Bagi anak-anak yang tidak suka makan lepeng kelapa dengan gulai atau sambal, ibu-ibu boleh sahaja sediakan susu pekat manis untuk anak-anak makan bersama lempeng kelapa lagi menyelerekan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.