Resepi Udang Masak Merah Madu Yang Simple Dan Pastinya Sedap. Sesuai Untuk Hidangan Hari Ini!
Hari-hari fikir nak masak apa! Sampai kering idea? Jom kita try resepi udang masak merah madu, udang yang juicy didalam, dan rasanya lemak manis madu ini pasti ramai menggemarinya. Makan pula panas-panas, boleh bertambah nasi dibuatnya. Resepi udang masak merah madu, ini juga boleh dihidang dengan lauk lain seperti daging, ayam atau ikan.
Resepi ini sangat sesuai juga dicuba oleh golongan bujang kerana menu yang simple dan sangat mudah penyediaannya. Asyik order grab food je kan, better buat sendiri di dapur. Boleh makan banyak lagi. Lagipun menu ini sangat jimat kerana bahan pun simple je.
Hidangan udang masak merah madu ini antara kombinasi rasa pedas dan manis madu yang dapat membangkitkan selera makan anda. Ianya memberikan rasa seimbang dengan kepedasan cili yang kita gunakan dengan sedikit rasa manis madu. Cara penyediaan pun sangat mudah dan mengunakan bahan yang mudah didapati sahaja.
Udang mestilah goreng dahulu sehingga udang masak kemudian diangkat dan diketepikan. Selepas itu, tumis cili yang dikisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis, madu dan gula, setelah itu masukkan bawang dan udang, goreng sehingga masak dan siap untuk dihidang. Wah! sangat senangkan.
Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata kita follow resepi yang dikongsikan oleh cik puan Nurul Ateekah. Terima kasih berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makankan dan lebih jimat berbaloi daripada beli diluar. Tak rugi cuba tau!
RESEPI UDANG MASAK MERAH MADU
Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi udang masak merah madu ini, pastu anda akan bertambah-tambah nasi nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500gram udang(saiz sederhana)
- 1 biji bawang besar(dipotong bulat)
- 1 sudu besar kismis
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu besar gula putih
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Serbuk perasa@garam (jika perlu)
- 10-15 batang cili kering yang direbus(dikisar)
- 1 biji bawang besar(dikisar)
- 3 ulas bawang putih(dikisar)
- 2 cm halia(dikisar)
- 2 batang serai (dikisar)
CARA PENYEDIAAN UDANG MASAK MERAH MADU :
▶️ Panaskan minyak, masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak. (Angkat dan ketepikan)
▶️ Gunakan minyak yang sama, tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.
▶️ Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis, madu dan gula. Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.
▶️ Masukkan bawang dan udang yang digoreng tadi. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
▶️ Angkat dan siap untuk dihidang.
BACA JUGA : Resepi Chocolate Chesse Cake Yang Super Sedap. Lemak Berkrim Pasti Menjadi Kesukai Ramai!
Siap untuk di hidang, wah! Nampak sangat menyelerakkan. Tak susah pun nak menyediakan udang masak merah madu yang sangat super ni. Rasa pedas, manis madu menjadikan menu ini sangat sesuai dihidang untuk menu lunch ataupun dinner.
Nak lagi padu, boleh hidangkan bersama ulaman kampung, makan dengan ulam dan sedikit sambal belacan confirm bertambah selera lagi. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya.
Semoga perkongsian cara menyediakan resepi udang masak merah madu ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ayam goreng yang sangat sedap dan menyelerakan. Selamat bercuba!