Resepi Aiskrim Paddle Pop Yang Sedap Dan Menyegarkan Tekak. Nak Buatnya Pun Ringkas Je!
Aiskrim ni kalau dapat buat homemade kadang-kadang tu lebih sedap dan kena dengan tekak. Bila buat sendiri boleh adjust rasa ikut kreativiti masing-masing. Sekali gus boleh buat stok dalam peti sejuk. Bila tekak teringin benda sejuk, manis dan menyegarkan boleh terus ambil dari freezer. Resepi aiskrim paddle pop cukup rasa manis dan lemaknya. Pasti anak-anak akan suka!
Cara nak buat aiskrim ni cukup senang. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Hanya menggunakaan 5 bahan sahaja iaitu dadih, air, pewarna, gula dan plastik aiskrim. Sangat mudah dan cepat kan. Bukan sekadar untuk makan sendiri, kalau nak buat jualan pun boleh. Aiskrim Malaysia ni biasa ramai peminatnya.
Rasanya pun sedap berlemak-lemak. Teksturnya yang lembut dan licin je dimakan. Tambah pula dalam satu batang aiskrim berbagai perisa buah yang kita gunakan memang bertambah padu lah rasanya. Resepi ni sekali bancuh boleh dapat beberapa batang. Sangat jimat buat sendiri daripada beli.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Aien Yuss antara resepi mudah ikuti siap dengan gambar dan step by step lagi. Selain dihidangkan untuk anak-anak malah aiskrim ni juga boleh disajikan sebagai pemanis mulut untuk majlis-majlis tertentu. Pasti mendapat sambutan daripada kanak-kanak malah yang dewasa pun tidak kecuali.
Selain rasanya yang sedap. Warna warni aiskrim juga menarik perhatian anak-anak. Kalau anda nak letak buah potong dalam dadih pun tidak menjadi masalah. Lagi padu rasanya. Selain ianya menyegarkan malah juga berkhasiat. Contonya boleh guna buah mangga, buah naga, laici, jagung dan sebagainya.
RESEPI AISKRIM PADDLE POP
Aiskrim bila dimakan sejuk-sejuk memang syok je lalu di tekak. Hilang rasa bahang dengan keadaan cuaca panas sekarang. Anda-anak pun pasti suka. Jadi tanpa buang masa lagi, apa kata kita cuba lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resep ini dibuat.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Dadih (perisa buah yang anda suka)
- Air
- Pewarna
- Plastik aiskrim Malaysia
- Gula (Jika nak manis)
CARA PENYEDIAAN AISKRIM PADDLE POP :
▶️ Boleh tiru cara tiru cara penyediaan resepi dibelakang pack tersebut. Kalau suka manis boleh tambah gula sedikit.
▶️ Dadih dah siap masak, asingkan dalam mangkuk. Kemudian masukkan pewarna yang anda suka dan untuk proses separe beku(+/- 1/2jam).
▶️ Bila dah separuh beku boleh cedok isi dalam corong untuk mudahkn masuk dalam plastik eskrim.(ikut kreatif anda)
▶️ Anda boleh campur perisa yang anda suka. Boleh tengok step pada gambar.
▶️ Kemudian dadih tadi masukkan kedalam plastik aiskrim.
▶️ Last sekali, boleh ikat ketat supaya dadih tak keluar nanti. Kalau nak mudah jangan buat terlalu panjang.
▶️ Masukkan dalam peti ais. Kemudian siap untuk dihidang nanti!
BACA JUGA: Cara Buat Popia Stik Coklat. Snek Yang Simple Sedap Dan Crunchy, Dengan Salutan Coklat Dan Nestum Yang Marvelous!
Tada dah siap! Mudah je kan buat aiskrim ni. Yang penting anda kena pastikan dadih yang anda masak jangan terlalu keras. Nanti susah nak sebatikan dengan setiap campuran ataupun perisa. Sekali buat menu aiskrim paddle pop yang simple ni pasti anda akan repeat lagi.
Kalau buat untuk anak-anak ni. Memang puas mereka makan aiskrim hari-hari. Resepi aiskrim paddle pop rasanya berlemak dan creamy. Rasa manis-manis buah juga menarik selera anak-anak makan nanti. Perisa pun ikut citarasa dan tekak anda. Confirm satu batang tak cukup dibuatnya!
Bagi yang suka makan aiskrim, lepas ni bolehlah buat aiskrim homemade sendiri. Ikut je resepi yang ringkas dan mudah ni. Semoga dengan perkongsian resepi aiskrim paddle pop memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!