Resepi Bebola Roti Inti Carbonara Yang Rangup Diluar Dan Lembut Didalam. Hidangan Kegemaran Seisi Keluarga!

0 769

Tak tahu nak hidangkan apa untuk sarapan pada keluarga? Asyik makan bihun goreng, roti kaya, cekodok dan nasi lemak je. Bosan pula asyik makan menu yang sama kan. Jom apa kata cuba resepi bebola roti inti carbonara yang super sedap ni. Pasti anak-anak pun akan suka!

Menu ni ala-ala wastern cikit. Tapi serius sedap dan pasti laju je anak-anak makan nanti. Apa yang buatkan sedap ialah bahagaian luarnya yang digoreng sangat ranggup sebab disaluti dengan serbuk roti, tapi isi dalamnya sangat lembut dan creamy.

Untuk buat inti roti pula, ianya menggunakan sos carbonara. Penyediaan sangat mudah kerana tak perlu menambah garam atau pun bahan perisa yang lain. Sos carbonara ni sendiri dan ada rasa yang cukup sedap. Tapi kalau nak lagi sedap anda boleh tambah isi dada ayam cincang dalam sos tadi. Rasanya lagi rasa enak dan nikmat sekali.

Selain bawang holland anda juga boleh masukkan lobak merah ke dalam sos semasa memasak. Kalau suka lobak yang sedikit ranggup boleh letak secara berasingan. Jangan risau lobak ni akan mentah kerana lobak akan masak dan menjadi lembut semasa digoreng nanti.

Bila dimakan krup krap krup krap bunyinya. Sangat nikmat! Nak makan macam tu je pun dah cukup sedap sebab dalam dah berasa intinya. Tapi kalau anda nak cicah sos cili atau sos tomato tidak menjadi masalah. Resepi yang simple dan lazat ni di kongsi oleh Cik Puan Che Fyqah memang resepi yang patut anda dicuba dirumah.

 

RESEPI BEBOLA ROTI INTI CARBONARA

Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan resepi ni tidak lah renyah. Boleh didapati didapur anda sahaja. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencubanya kan? Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana penyediaan resepi bebola roti inti carbonara ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar yis
  • 3/4 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil baking powder

 CARA PENYEDIAAN BEBOLA ROTI INTI CARBONARA :

▶️ Satukan dulu yis, gula dan air suam dalam gelas. Kacau rata. Pastu satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas.

▶️ Tuang air yis tadi. Takyah tunggu yis kembang. Uli-uli gitu-gitu je. Bila dah rata sikit, letak marjerin. Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam.

▶️ Dah perap, bahagikan kepada beberapa bahagian. Pastu bulat-bulat kan.

▶️ Pahtu celup dalam telur yang dipecah dan golek-golek dalam serbuk roti. Pastu perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan.

▶️ Inti dia pakai sos carbonara saje. Tumis bawang holand dan bawang putih. Cincang sosej dan tumis dengan lada hitam.

▶️ Campur kiub ayam sikit, letak air sikit agak-agak dah pekat baru tutup api.  Nak letak inti ape- ape pun boleh.

▶️ Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Percik Style Kelantan Memang Padu Rasanya. Anda Wajib Cuba Dirumah!

 

Tada dah siap! Nampak gambar pun dan boleh bayangkan kesedapanya kan. Kalau masak dirumah ni anda boleh buat banyak-banyak dan mengikut citarasa anda. Tak perlu ada sukatan yang tepat pun. Tapi hasilnya roti nie betul sedap garing diluar dan creamy didalam.

Bila makan mesti anda paling suka bahagian kulit ranggup ni. Lepas tu dapat pula ramuan creamy dalamnya yang sedap dan mantap ni. Memang tak cukup seketul dua seorang. Pasti bila buat kat rumah boleh bertambah-tambah dibuatnya.

Lagi sedap bila dimakan panas-panas. Resepi yang simple dan enak ni rugi lah kalau anda tidak mencubanya. Semoga dengan pekongsian resepi roti berbola carbonara ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat memjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.