Resepi Ikan Kembung Masak Gulai Lemak Daun Kesom Yang Super Enak. Anda Wajib Mencubanya!

0 1,958

Masakan gulai lemak sebenarnya biasa-biasa je orang fikirkan. Tapi anda pernah cuba tak resepi ikan kembung masak gulai lemak daun kesom? Serius hidangan ini sangat simple tapi sangat padu. Aroma daun kesom dalam hidangan ini cukup menyelerakan. Sekali makan pasti nak lagi!

Dalam resepi ini menggunakan ikan kembung yang digoreng garing. Tidak sama seperti yang selalui kita masak. Sesetengah orang lebih suka ikan tersebut dimasuk terus ke dalam kuah. Katanya ikan kembung itu akan lebih lembut dan juicy. Namun jika digoreng dahulu rasa lebih ranggup dan sedikit keras. Tetapi kedua-duanya ada keunikan tersendiri. Ianya terpulang pada selera masing-masing.

Cara penyedian resepi ini juga mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Bawang, cili dan kunyit perlu ditumbuk kecuali serai dan dan daum kesum. Kemudian masukkan bahan tumbuk, serai, daun kesom dan santan kedalam kuali. Kacau sehingga menggelegak. Kena sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak.

Bila dan menggelegak, baru masukan ikan kembung goreng. Kemudian baru perasakan dengan garam, perasa dan boleh terus dihidang. Tapi dari segi keenakkan kuah, jika anda suka pekat boleh letak santan lebih. Ianya terpulang pada selera anda. Hidangan simple ini boleh dihidang untuk makan tengah hari ataupun malam.

Resepi ikan kembung masak gulai lemak daun kesom yang sedap dan lebih terangkat ni dikongsikan oleh Cik Puan Ameera. Anda wajib cuba tau resepi ni. Makan dengan nasi putih boleh bertambah-tambah dibuatnya. Confirm sepinggan tak cukup.

 

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK GULAI LEMAK DAUN KESOM

Untuk jenis ikan juga terpulang pada selera anda. Selain ikan kembung boleh juga masak menggunakan ikan aya (tongkol), ikan selayan dan macam-macam lagi. Tanpa membuang masak lagi apa kata lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan resepi ini.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji cili besar
  • Kunyit
  • Ikan kembung
  • Santan
  • Serai
  • Garam

CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG MASAK GULAI LEMAK DAUN KESOM : 

▶️ Mula-mula masukkan cili, bawang merah dan kunyit yang ditumbuk. Kemudian masukkan serai yang diketuk.

▶️ Selepas itu, masukkan tomato. Api jangan dibuka dulu.

▶️ Masukkan santan ke dalam kuali tersebut. Nak guna santan segar pun boleh.

▶️ Masukkan air. Terpulang pada kepekatan yang mahu.

▶️ Masukan daun kesom. Buka api yang terlahan.

▶️ Goreng ikan kembung sehingga garing. Ataupun separuh garing. Terpulang pada selera anda.

▶️ Masukkan ikan dalam kuah lemak tadi. Kacau sehingga mendidih. Dan jangan lupa perasakan dengan garam.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA : Resepi Viral Kek Oreo Red Velvet Cheese Yang Super Delicious. Tanpa Kukus Dan Tanpa Perlu Bakar!

 

Fuhh, sedap dan menyelerakan. Gaul sekali kuah dengan nasi putih ni pasti bertambah nasi. Lagi-lagi makan dengan nasi panas-panas. Kalau anda masak gulai lemak ni. Nak letak cili lebih pun boleh. Selain daun kesom boleh juga letak petai atau daun kunyit. Ia mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.

Kalau masakan bersantan anda kena pastikan kuah anda sentiasa dikacau supaya kuah tidak menjadi berketul dan tidak jadi pecah minyak. Masak dengan api perlahan supaya ianya masak dengan lebih sempuna. Dan dapat menggelakkan daripada gulai lemak ni cepat basi.

Rasa yang sedap, lemak manis dan garing ikan kembung ini memang terbaik. Lepas ini kalau anda nak cuba boleh cuba resepi yang dikongsikan diatas. Semoga resepi ikan kembung masak gulai lemak daun kesom ini memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.