Resepi Kuey Tiow Goreng Daging Yang Simple, Tapi Rasanya Sangat Sedap Sekali!

0 4,968

Kuey teow atau nama lain kway tiaw merupakan sejenis mee cina yang dibuat daripada tepung beras. Kali ini menggunakan kuey tiaw untuk hidangan kali ini, Resepi Kuey Teow Goreng Daging ini sangat mudah dibuat dan rasanya sangat enak.

Walaupun kuey teow ini merupakan mee yang dimakan oleh orang cina, tapi sekarang sudah banyak usahawan melayu yang mengusahakan produk tersebut, dan dijamin halal untuk orang islam memakannya.

Kuey teow mudah didapati di setiap pasar dan pasaraya, harganya sangat murah untuk sebungkus kuey teow. Kuey teow berwarna putih, berbentuk lebar dan agak licin kerana disaluti dengan minyak.

Teksturnya yang tidak mengeras atau kering membutkannya dijual secara segar. Walaupun tidak kering tapi tahan lama walaupun berada dalam suhu bilik oleh kerana setiap lapisan kuey teow disaluti dengan minyak.

Jika disimpan didalam peti, tekstur kuey tiow akan menjadi mengeras disebabkan suhu dalam peti ais yang sejuk dan mengeraskan lapisan kuey tiow tersebut. Resepi kuey tiow goreng ini telah dikongsi oleh Nur Izzati Maulat Ismail.

 

RESEPI KUEY TIOW GORENG DAGING

Banyak hidangan yang boleh dibuat dengan menggunakan kuey tiow seperti kuey tiow goreng, ladna, kung fu, sup dan macam-macam lagi. Kuey tiow digemari kerana ianya tiada rasa seperti mee kuning yang rasa pahit sedikit.

photo6264581694300466634.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 peket kuey teow
  • 300g daging
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap char kuey teow
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 5 biji cabai melaka
  • kucai n kobis sikit
  • 2 sudu besar sambal bihun sup lebih ari tu

photo6264581694300466632.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN KUEY TIOW GORENG DAGING

▶️ Gaul kicap, minyak bijan, lada sulah dengan kuey teow dan ketepikan.

photo6264581694300466631.jpg (720×960)

▶️ Selepas itu, tumis bawang putih, cabai melaka yang blend dengan sambal bihun sup tadi.

photo6264581694300466630.jpg (720×960)

▶️ Masukkan daging dan kacau sehingga daging masak.

▶️ Apabila sudah pecah minyak semua, letak secukup rasa dan garam.

▶️ Akhir sekali buka api besar dan masukkan kuey teow tadi, daun kucai dan kobis.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Bingkai Tepung Beras Yang Lemak Manis, Hanya Menggunakan Lima Bahan Sahaja Untuk Membuatnya!

 

Kuey teow kalau digoreng memang sedap dimakan, jarang-jarang sekali dimasak dengan menggunakan daging ni. Kuey tiow perlu dimakan panas-panas, kalau sudah sejuk lapisan kuey tiow akan melekat.

838483992.jpg (1200×800)

Dalam resepi ini menggunakan daging, tapi kalau tiada daging boleh ditukar kepada udang, sotong, ayam atau telur. Untuk mengelakkan kuey tiow hancur ketika mengoreng, campurkan kicap terlebih dahulu dan gaul sehingga tersalut semua, langkah last baru masukkan kuey tiow.

Disebabkan lapisan kuey tiow sangat nipis jadi mudah untuk hancur ketika mengoreng, sebab itu kicap dicampur terlebih dahulu supaya proses mengacau tidak terlalu lama. Resepi kuey tiow goreng daging mudah disediakan dan sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.