Resepi Laksa Siam Yang Super Sedap Kaya Dengan Rasa. Mudah Je Cara Buatnya!
Siapa pernah makan laksa Siam? Sebenarnya laksa Siam atau laksa Thai rasanya lebih kurang dengan laksa lemak yang selalu kita buat. Tapi laksa ni lebih kaya dengan aroma dan rasa pedas, masam dan manisnya lebih terasa. Yang tak pernah makan jom cuba resepi laksa Siam yang super sedap ni.
Yang kita tahu bermacam-macam jenis laksa yang ada seperti laksa penang, laksa lemak, rasa sawarak dan sebagaimana. Bagi yang hantu laksa pasti semua pernah rasa. Laksa siam ni jarang orang buat melainkan yang duduk bersempadan dengan Thailand. Namun ramai yang cakap sedap, jadi pasti anda pun teringin nak mencubanya.
Syarat nak nimati makan laksa Siam ni ialah kuahnya kenalah pekat berlemak dan penuh rasa dan aroma baru lah padu. Selain tu benda paling wajib yang kena ada ialah pelbagai jenis ulaman dan sayuran. Bila semuanya lengkap memang berselera untuk kita makan. Confirm satu mangkuk tak cukup dibuatnya.
Cara penyediaan laksa Siam juga sebenarnya ada pelbagai cara. Ada yang letak isi ayam, ikan kembung, ada juga guna ikan sardin. Ini bermaksa tiada spesifik lauk yang digunakan untuk laksa siam ni. Semuanya terpulang pada citarasa masing-masing. Jika anda suka kuah yang lebih pekat boleh masukan kedua-duanya.
Selain tu, kuah laksa Siam ni berwarna kuning atau keperangan. Mungkin disebabkan kunyit hidup digunakan. Tapi jika anda ingin lebih detail apa kata kita lihat perkongsian resepi dari salah seorang pengguna facebook kita ialah Cik Puan Shai Anne Ahemed. Nampak menyelerakan laksa Siam yang dikongsikan beliau. Jom masak!
RESEPI LAKSA SIAM
Dalam resepi yang dikongsikan beliau menggunakan ayam untuk menambahkan rasa yang sedap. Tapi kalau anda nak tambah ikan untuk memekat kuah laksa pun boleh. Tapi terpulang pada anda nak guna ikan kembung, ikan selar ataupun sardin. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni disediakan.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 paket Laksa segera
- Separuh ekor ayam
- 1 biji bawang besar hiris (tumis)
- Air kosong ikut kepekatan masing²
- 1 kg santan
- 2 kuib pati ayam
- Gula ikut citarasa
- 4 sudu sos ikan
- Garam
- 2 sudu perahan limau nipis
Bahan kisar :
- 1 cawan cili padi hijau
- 1/2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- 1 sudu serbuk ketumba
- 1 sudu serbuk jintan manis
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu serbuk lada putih
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang pokok daun ketumbar
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 cawan air
Bahan ulaman :
- Taugeh
- Timun btg
- Daun ketumbar
- Cili merah besar
- Limau nipis
- Telur rebus
CARA PENYEDIAAN LAKSA SIAM :
▶️ Panaskan periuk, kemudian tumis bawang merah. Tumis sampai naik bau.
▶️ Kemudian masukkan bahan kisar. Masukkan cikit air.
▶️ Biarkan mendidik, kemudian masukkan ayam. Kacau sekata
▶️ Pertahan api dan biarkan lagi kuah mendidih. Kalau rasa kuah terlalu pekat, boleh tambahkan air.
▶️ Sementara tu potong ulaman. Yang hendak dimakan dengan laksa nanti.
▶️ Bila kuah dah mendidih elok. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
▶️ Dah siap boleh tutup api. Sedia untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Buat Sendiri Resepi Burger Prosperity Ala Mcd Yang Mudah. Tapi Hasilnya Pasti Anda Tak Percaya!
Tada! Siap untuk dihidang! Tengok gambar pun dah mengeliurkan dah. Hidangkan ni lengkap dengan laksa ulaman serta sayuran. Aroma sayuran kunga kantan, daun kesum yang membangkitkan selera anda. Laksa siam ni juga kaya dengan pelbagai jenis ulam sebenarnya. Siapa yang suka ulaman pasti anda akan suka resepi laksa siam ni.
Selain kaya dengan ulaman, kuah laksa ni cukup lemak, pedas dan cukup berasa. Tak rugi kalau cuba resepi yang kelainan cikit dari laksa yang biasa kita masak. Hidangan ni juga sesuai untuk dhidangkan pada para tetamu. Cara penyediaan yang mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Sangat jimat masa berbanding hidangan seperti nasi berperisa.
Pada yang suka laksa, lepas ni boleh cuba resepi laksa Siam ni pula. Boleh save resepi jika ada kelapangan boleh cuba resepi ni. Semoga dengan perkongsian resepi ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!