Cara Buat Apam PadelPop Gebu. Resepi Simple Anak-Anak Semua Suka!

0 5,563

Pernah makan apam padelpop tak? Kecik comel je kuih ni. Kalau budak-budak  tengok mesti laju je licin. Resepi apam padelpop gebu gebas yang pasti sedap dan cara pembuatannya pon senang untuk dibuat.

Kadang-kadang  nak makan pon sayang sebab comel sangat. Orang yang kreatif siap boleh lukis-lukis gambar haiwan, kartun lagi kat atas Tu. Mana tak comel kalau camni.

Kalau sebut kuih apam ni mesti dah terbayang kuih yang gebu gebas ni, kebiasaan kuih apam dibuat dengan tepung gandum atau tepung beras dan dimasak secara kukus da nada juga dibakar.

Apam padelpop gebu gebas ni senang dimakan, disebabkan saiznya yg comel, Kanak-kanak pon suka. Kuih apam ni boleh dijadikan hidangan untuk majlis-majlis makan, kenduri, atau sebagai goodies untuk tetamu.

Resepi apam padelpop gebu gebas ini yelah dikongsi oleh Fitrah Qaseh Rich di dalam group MAHN. Resepi Yang Mudah Dan senang ni boleh ibu-ibu jadikan panduan untuk membuat apam padelpop yang gebu.

 

RESEPI APAM PADDLEPOP GEBU GEBAS

Resepi apam padelpop pernah viral sebelum ini, disebabkan bentuknya yang cute kecil molek je dan mudah untuk dimakan. Rasanya pun sangat sedap, bila digigit dapat merasa manis jem buah-buahan didalamnya.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 140 gram tepung gandum
  • 1stgh sudu kecil baking powder
  • 90 gram gula halus (resepi asal 100gram manis..fit kurangkan)
  • 75 ml susu full cream
  • 1 sudu makan ovelate
  • 2 biji telur (fit guna gred B )
  • Sedikit esen vanila
  • Jem bluberry
  • Pewarna yg digemari

CARA PENYEDIAAN APAM PADELPOP GEBU GEBAS : 

▶️ Pukul telur, ovelate & gula halus sampai kembang gebu putih..part ni paling penting supaya apam naik cantik buncit2 nanti.

▶️ Selepas itu, dah yakin adunan kembang gebu baru masukkan tepung gandum & baking powder yg dah ayak selang selikan dgn susu full cream. pukul bagi sebati pastu masukkan esen vanila kacau bagi sebati.

▶️ Kemudian, bahagikan adunan ikut warna. ambik 1 sudu then warnakan turqoise, 1 sudu lg warnakan pink n selebihnye kuning.

▶️ Warna kuning utk base, Pink dan turqoise tu utk lorek2 atas tu je. Masukkan dlm piping bag.

▶️ Selepas itu, paipkan adunan yg dah siap warna dalam cup separuh, paipkan inti bluberry tadi & tutup adunan atas sampai penuh. penuh ye bukan 3/4 atau separuh. baru la cantik naik apam nanti.

▶️ Lepas tu titik2 kan guna adunan warna lain pula. lorekkan guna lidi.

▶️ Selepas siap semua baru start kukus. air kukusan dah mendidih baru letak apam. Jangan lupa balut penutup dengan kain.

▶️ Api jangan terlalu besar. set time kukusan 13 minit. Jangan over time nanti apam akan merekah. dah masak angkat & sejukkan..

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Almond London Yang Mudah. Kekal Rangup Walaupun Dimakan Sejuk! 

 

Nampak menarik sangat apam padelpop gebu gebas ni. Tak sabar nak makan! Ibu-ibu boleh variasikan lagi color apam ni, nak lukis-lukis pun boleh lagi nampak menarik untuk anak-anak makan.

Ibu-ibu boleh juga letakkan pelbagai jem buah-buahan seperti jem strawberry, jem apple dan sebagainya didalam adunan apam, lagi rasanya sgt sedap. Apam gebus ni baunya sgt wangi mcm coklat buah-buahan dah.

Resepi apam padelpop gebu gebas ibu-ibu perlu cuba buat pasti tak menyesal bila ikut sukatan dan cara membuatnya dengan betul  pasti hasilnya memuaskan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.