Resepi Biskut Coklat Rice Yang Super Delicious. Hidangan Yang Menjadi Kegemaran Semua!
Pernah viral satu ketika dahulu di fb resepi biskut coklat rice yang sangat sedap ni. Resepi biskut coklat rice yang ranggup dan sedap ni memang simple je nak buat. Malahan ianya sangatlah jimat jika buat sendiri. Dari selalu beli tu, apa kata buat je kat rumah nanti.
Kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyak balang, lepas tu dapat makan berulang-ulang. Selalunya bila makan biskut coklat rice ni, tahap kerangupan dan rasa coklat tu sendiri yang kita suka. Bila gigit biskut yang crunchy dan rasa coklat tu meresap ke dalam mulut, bukan main nikmat rasa.
Cara penyediaan biskut coklat rice ni pun mudah dan bahan yang diperlukan pun tidak renyah. Anda boleh buat dalam pelbagai bentuk yang anda suka. Tak kisah lah bentuk bunga, tiga segi or empat segi. Part yang paling best bila tabur coklat rice diatas biskut. Kalau mintak anak-anak buat pasti laju je nak buat kan.
Resepi biskut coklat rice ranggup dan sedap ni adalah perkongsian oleh Cik Puan Azlina Ina Fans mudah je cara membuatnya. Dalam resepi ni juga turut disertakan sekali tips untuk dapatlan biskut yang rangup, kembang cantik bila dibakar, dan yang penting sekali cair di mulut masa gigit.
Ini untung kalau buat biskut sendiri. Boleh tambah coklat sebanyak mana yang anda suka. Bukan tu je, kalau nak tambah bahan lain pun boleh seperti kacang, badam, dan macam-macam lag mengikut selera anda. Rasa pun sedap ala famous amous atau biskut coklat chip.
RESEPI BISKUT COKLAT RICE
Kalau buat biskut ni tak kira apa-apa biksut pun, amat penting untuk kita ikut setiap sukatan bahan dan step untuk membuatnya. Orang kata jangan derhaka pada resepi dan tips. Sebab kalau tersilap langkah, biskut boleh jadi tak ragup, terlampau keras, tak rapuh, malah tak rasa coklatnya.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 125 butter premium tatura butter
- 1 sudu esen vanilla
- 3/4 cawan gula
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu shortening
- 1/2 baking powder
- Minyak masak
- Serbuk koko
- 1/2 cawan serbuk badam
- 60g tepung jagung
- 200g tepung gandum
- 1/2 sudu soda bikarbonat
- 300g milk beryls
CARA PENYEDIAAN BISKUT COKLAT RICE :
▶️ Masukkan butter, esen vanila dan guna telur ke dalam bekas. Kemudian kacau sebati. Tambah sedikit minyak masak.
▶️ Kemudian tambah serbuk koko kalau suka pahit manis tambah coklat lagi. Kacau rata dan masukkan baking powder.
▶️ Tambah 1/2 cawan serbuk badam. Kacau rata.
▶️ Kemudian masukkan tepung jagung dan soda bikarbonat. Masukkan tepung gandum.
▶️ Bentuk menjadi empat segi. Tapi terpulang nak buat bentuk apa yang anda suka.
▶️ Bakar suhu 160 masa 25-30 minit api atas bawah. Biar dia sejuk seketika.
▶️ Sementara tu boleh cair kan coklat milk berly dan masukkan shirtening. Gunakan kaedah double boil pun boleh.
▶️ Tuang sikit atas biskut tadi dan tabur coklat rice.
▶️ Sejukkan dan boleh disimpan!
BACA JUGA: Resepi Coconut Pandan Burnt Cheesecake Yang Sangat Marvelous. Tekstur Lembut Dan Gebu Pasti Anda Akan Suka!
Wah dah siap! Nampak sedap sangat, kalau jadikan kudapan dengan tv memang layan lah. Selain rupa fikizalnya cantik malah rasanya juga sangat sedap lembut dan rangup. Biskut ni nak hidangan pada tetamu pun lebih confident. Pasti mereka suka!
Salah satu tip, jika anda nak tahu biskut ini dah masak ke belum, jika habis masa bakar biskut masih melekat pada baking paper atau loyang dan lembut, bermakna biskut tak masak lagi sepenuhnya. Boleh tambah lagi waktu membakar dan perlu juga awasi selalu.
Cara membuatnya tidak begitu susahkan? yang pasti kena ikut step by step yang diberikan untuk pastikan biskut kekal sedap, rangup dan lembut. Lepas ni oleh cuba lagi resepi biskut coklat rice sendiri dirumah. Semoga resepi ini memberi anda manfaat. Selamat mencuba.