Resepi Biskut Macaron Yang Rangup Dan Crunchy. Tips Buat Macaron Menjadi Dan Cantik Macam Yang Dijual!
Geram tengok macaron di kedai-kedai kek & pastry yang comel-comel bukan? Tapi macaron ni jarang kita makan sebab kita kurang biasa dengan pemanis mulut ni. Tapi sekali makan memang susah nak berhenti. Jadi apa kata mak-mak cuba resepi biskut macaron dirumah. Pelbagai warna dan inti filling untuk rasa dan rupa yang lebih enak dan menarik.
Nak buat macaron ni ada caranya untuk dapatkan macaron yang rangup dan sedap. Yang penting kena follow step by step resepi ni. Memang kena ikut pantang larang untuk membuat adunan dan cara membakarnya. Tapi kalau berhasil memang puas hati. Macoran ni selain rangup ia juga sedikit lembut.
Cara penyediaan pemanis mulut ni sangat simple kalau ikut stepnya. Dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Nak buat adunannya kena tepat dari segi tekstur dan tempoh masa membuatnya. Kalau tak selepas dibakar silap-silap macaron akan jadi tak cantik atau merekah.
Tapi kalau sekali menjadi pasti akan teruja sebab nak buat menu ni memang memerlukan kesabaran. Kalau ikutkan sukatan yang diberikan dapat hasilkan berpuluh-puluh biji dengan sekali bancuhan adunan je. Anda juga boleh letakkan pelbagai perasa filling di dalamnya seperti coklat, pandan, jem strwabery dan macam-macam lagi. Warna macaron pun boleh pilih mengikut kesukaan anda.
Kalau anda teringin nak buat sendiri dirumah, boleh je follow resepi yang dikongsikan oleh En Mikha’el Azhar ni. Dalam resepi ni beliau juga kongsikan sekali tips untuk pastikan hasilkan macaron yang menjadi. Pemanis mulut ni memang sesuai hidangan untuk anak-anak anda. Hasilnya nanti meraka suka.
RESEPI MACARON RANGUP
Sangat penting untuk pastikan kelengkapan dapur anda kering mengelakkan adunannya lembap. Dalam buat macaron ni anda perlu tahu bahan utama ialah telur putih dan gula kastor yang perlu mixer sehingga meringue atau bertanduk. Baru dapat hasil yang cantik nanti.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 4 biji telur (gred a) ambil putihnya sahaja
- 130 gram gula kastor
- 160 gram serbuk almond
- 280 gram gula aising
- Pewarna (better pakai yang powder serbuk)
- Filling (ikut kesukaan)
CARA PENYEDIAAN MACARON RANGUP :
▶️ Mula-mula masukkan putih telur ke dalam mixer. Kemudian pukul putih telur sehingga kembang dengan kelajuan paling tinggi.
▶️ Lepas tu masukkan gula kastor sedikit demi sikit. Dalam keadaan mixer masih berputar.
▶️ Dan putarkan sehingga adunan bertanduk. Masanya lebih kurang dalam 10-15 minit. Masukkan serbuk almond dan gula aising ke dalam adunan meringue tadi.
▶️ Gaulkan dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula. Kacau sehingga sebati.
▶️ Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagia. Ikut berapa banyak pewarna anda ada.
▶️ Setelah dah campur pewarna. Gaulkan sebati.
▶️ Masukkan kesemuanya ke dalam piping bag. Sediakan loyang pembakar dan siap dialas dengan baking paper.
▶️ Untuk mudah, belakang baking paper tu anda lukis bulatan syiling 20 sen. Nanti boleh jadi panduan untuk pastikan semua size dan bentuk macaron sama dan sekata. Jarakaan setiap bulatan macaron dalam 3cm antara satu sama lain.
▶️ Lepas tu baru picitkan adunan diatas dulang. Setelah dan picit, rehatkan adunan atas tray selama 30-45 minit sebelum bakar.
▶️ Masa ni kalau nampak ada bubble terbentuk pada adunan, cucukkan buble tu dengan lidi atau pencukul gig. Dan biarkan adunan rehat.
▶️ Lagi 10 minit nak cukup 45 minit. Boleh panas over siap-siap dalam 10 minit dengan suhu 150’c.
▶️ Lepas tu masukkan dulang ke dalam oven. Bakar dunan selama 15 minit ke 20 minit dengan suhu 140-150 darjah.
▶️ Dah siap je boleh keluarkan dari oven dan sejukkan dalam 10-15 minit. Sebelum tanggalkan dari baking paper.
▶️ Dah siap. Nanti nak masakan boleh sapukan fiiling apa-apa sahaja.
BACA JUGA: Resepi Ayam Butter Nestum Yang Marvelous. Ayam Digoreng Rangup Bersalut Nestum Crunchy!
Memang banyak pantang larang. Tapi anda jangan risau. Kalau kut sukatan, cara membuat dan masa yang betul-betul ditetapkan, jarang tak menjadikan. Macaron ni selain makan dengan filling ia juga sesuai dijadikan hiasan atas pelbagai jenis kek. Warna warni macaron ni memang menarik minat anak-anak untuk makan.
Tidak mustahil kalau pemanis mulut selalu nampak mahal dijual. Tapi kalau buat sendiri ni berbaloi dan pasti anda akan seronok dengan hasilnya nanti. Dapat buat sekali banyak-banyak dan bermacam jenis perisa filling yang anda suka. Bila sekali menjadi macaron yang rangup dan sedap.
Dah tahu step dan caranya lepas ni boleh buat sendiri lah. Semoga dengan perkongsian resepi macaron ni memberi anda manfaat. Anda juga boleh kongsikan resepi ni supaya lebih ramai dapat mencuba resepi. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.