Resepi Puding Karamel Tanpa Telur Tanpa Kukus. Resepi Viral Anda Wajib Try!

0 3,063

Hidang puding kameral merupakan antara pencuci mulut yang sangat simple dan sedap. Ianya menjadi kegemaran ramai. Tapi bagaimana cara penyediaan? Jom! Apa kata anda ikut perkongsian resepi puding karamel tanpa telur dan tanpa pengukus. Hasilnya pasti anda puas hati!

Teksturnya sangat lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, malah cukup enak dinikmati sejuk sejuk. Resepi puding kameral ini juga sangat sesuai buat mereka yang alergi telur dan yang tak suka bau hanyir telur. Sebab resepi ini langsung tidak menggunakan telur dalam penyediaannya.

Malah resepi puding karamel ini tidak mengunakan pengukus, jadi anda jangan risau jika tiada alat pengukus dirumah. Boleh ke masak puding tanpa pengukus? Mestilah boleh. Mudah sangat! Masak je semua bahan dalam kuali dan jadikan tekstur puding pekat barulah dimasukkan ke dalam loyang.

Belum tu, biarkan puding sejuk seketika barulah dituang ke dalam loyang yang sudah berisi karamel. Kemudian masukkan dalam peti dan sejukkan. Dah sejuk nanti barulah anda boleh terbalikkan dalam pinggan dan dipotong. Syok tau makan sejuk-sejuk!

Sangat mudah cara penyediaan puding karemal yang tanpa mengunakan telur dan pengukus ini. Nak tahu lebih detail apa kata anda ikut pengkongsian resepi dari cik puan Nordiana Ab Kadil. Dan cuba sekali pasti repeat lagi.  Resepi yang mudah amat rugilah kalau tak mencubanya.

 

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR TANPA KUKUS 

Selain sajian ini mudah dan simple. Resepi ini sangat jimat dan tidak banyak mengeluarkan kos. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi ni? Tanpa membuang masa apa lagi kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan puding karamel tanpa telur tanpa kukus.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 3 sudu tepung kastard
  • Sedikit esen vanila

 

Bahan karamel :
  • 3 sudu gula pasir
  • 2 sudu air

CARA PENYEDIAAN KARAMEL TANPA TELUR TANPA KUKUS :

▶️ Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan menggunakan api yang kecil. Biarkan gula cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air.

▶️ Kemudian masukkan karamel itu ke dalam loyang.

▶️ Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar. Masak puding tersebut sehingga betul-betul mendidih dan pekat.

▶️ Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.

▶️ Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3 jam. Biarkan puding sedikit keras dan sejuk.

▶️ Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong. Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Yang Sangat Sedap. Menu Ini Saja Pun Boleh Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Tada! Nampak sangat menarik. Tis nak puding menjadi menjadi dan sedap. Wajib masak puding sehingga betul-betul mendidik dan pekat. Barulah hasilnya tak pecah-pecah dan terlalu lembik, jadi bila dipotong stukturnya cantik terbentuk.

Lepas ini kalau teringin nak makan puding karemal boleh buat sendiri. Tak perlu lagi beli dipasar malam dah. Buat sendiri lagi sedap. Kalau yang takde pengukus jangan sedih-sedih tau, ikut je resepi yang dikongsikan ini pasti berhasil. Dan yang tak suka bau hanyir telur pun boleh ikut resepi ni.

Kalau dah siap potong hidangkan pada family pasti mereka pun suka.  Kalau makan sejuk-sejuk lah lagi heaven je lalu kat tekak tu. Cuaca panas-panas memang ramai lah mencari makanan yang sejuk. Semoga resepi puding karemal tanpa telur tanpa pengkukus ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.