Resepi Nasi Daging Utara Dan Air Asam Kerisik. Hidangan Original Dari Utara Yang Sangat Awesome!

0 2,708

Resepi Nasi Daging Utara Dan Air Asam Kerisik merupakan hidangan di utara. Hidangan yang simple saja tapi rasanya sangat sedap. Resepi nasi daging yang dikongsikan pun sangat mudah untuk dibuat.

Nasi daging yang dimasak bersama dengan daging dimakan pula dengan air asam kerisik pasti membangkit selera. Air asam kerisik sebagai pelengkap selera semasa makan nasi daging.

Ibu-ibu dah tak perlu pening-pening lagi fikir nak masak lauk apa hari ni, jika ada daging dalam peti ais boleh ibu-ibu cuba menyediakan nasi daging dengan air asam kerisik ni, yang penting sudah dapat satu hidangan masakan.

Kebiasaan nasi daging tidak dihidangkan dengan kuah Cuma dimakan dengan air asam sahaja. Jadi jangan tanya mana kuah atau kari pulak. Nasi daging boleh sahaja dimakan dengan sup kosong untuk siapa yang makan nasi kena ada kuah.

Original resepi nasi daging Utara  hanya makan dengan air asam kerisik sahaja. Resepi kali ini dikongsi oleh Saiful Nasuha, resepi yang sangat mudah untuk dibuat. Boleh jadi hidangan berbuka puasa.

 

RESEPI NASI DAGING UTARA DAN AIR ASAM KERISIK

Nasi daging Utara merupakan satu hidangan lengkap sebab dah tak perlu masak lauk yang pelbagai untuk makan denganya, cukup daging yang dimasak didalam nasi dan air asam kerisik sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • beras 3 cup
  • daging (ikut nak letak banyak mana)
  • bawang merah 2 biji *
  • bawang putih 2 ulas *
  • halia 1/2 inch *
  • 4 sekawan
  • daun pandan simpul
  • 1 batang serai diketuk
  • susu cair 1.5 cup
  • rempah kari daging 1sdb
  • rempah kurma 2 sdb
  • 1/2 biji tomato dirincik halus
  • daun sup (tabur)
  • bawang goreng (tabur)
CARA PENYEDIAAN NASI DAGING UTARA : 

▶️ Mula-mula rebus daging hingga empuk dan ketepikan

▶️ Selepas itu, kisar semua bahan yang bertanda *

▶️ Tumiskan 4 sekawan bersama daun pandan, serai & tomato rincik smpai naik bau.

▶️ Seterusnya masukkan bahan kisar masak sehingga keperangan

▶️ Sementara itu, campurkan susu cair, rempah kari daging, rempah kurma, sedikit garam dan air rebusan daging ke dalam 1 bekas – pastikan sukatan yg betul utk masak bersama beras

▶️ Kemudian tuangkan sukatan tadi ke dalam peruk – masak hingga mendidih

▶️ Masukkan beras – apabila air dah agak nak kering susunkan daging rebus di atas nasi tutupkan periuk dan tunggu sehingga masak

▶️ Apabila dh masak taburkan daun sup dan bawang goreng diatas nasi.

Bahan-bahan air asam kerisik :
  • Tomato 2 biji (1 biji hiris 1 biji kisar)
  • Bawang besar 1 biji (hiris halus)
  • Cili padi 10 tangkai (5 tangkai hiris 5 tangkai kisar)
  • Cili besar 1 tangkai (hiris)
  • 1 sudu besar kerisik
  • Belacan 1/2 inch
  • perahan air asam jawa
  • sos tomato 2 sudu besar
  • garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN AIR ASAM KERISIK : 

▶️Kisar 1 biji tomato bersama 5 tangkai cii padi dan bahan selebihnya dihiris halus.

▶️ Seterusnya, campurkan dalam 1 bekas dan picitkan sehingga mesra

▶️ Perasakan dengan sos tomato & garam

 

BACA JUGA : Cara Buat Apam PadelPop Gebu. Resepi Simple Anak-Anak Semua Suka!

 

Baru tengok belum makan lagi dah tahu rasa nasi daging ni sedap. Untuk menambah lagi rasa nasi daging utara, Ibu-ibu boleh masukkan kiub magie kedalam nasi. Bau Dan rasanya lagi bertambah sedap!

Nasi daging boleh dimakan dengan jelatah timun sebagai pelengkap sayur untuk hidangan ni. Untuk lebih cepat empuk daging boleh menggunakan periuk noxxa dan pressure cooker, daging akan empuk elok bila dimakan.

Kebiasaannya, nasi daging boleh dijumpa di sebelah utara, tapi ibu-ibu boleh mencuba resepi nasi daging utara dan air asam ni. Cara Dan bahan-bahan pun agak senang untuk dibuat. Selamat mencuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.