Resepi Biskut Samperit Klasik Yang Sedap Dan Cair Dimulut. Biskut Yang Wajib Ada Time Raya!

0 7,272

Biskut samperit yang paling banyak orang jual time nak raya. Cara nak buat Biskut Samperit Klasik pun agak senang dan tidak rumit. Sukatan bahan-bahan guna sukatan cawan je.

Kalau pergi beraya kat rumah jiran-jiran pasti perasan biskut samperit ni mesti akan ada terhidang dalam balang kuih raya. Memang agak femes jugak biskut samperit ni.

Tak hairanlah baker dirumah pun boleh open order dengan jual biskut samperit sahaja. Kira salah satu biskut yang wajib ada setiap kali raya. Biskut samperit dibuat menggunakan campuran tepung jagung, kastard, tepung gandum dan juga tepung beras.

Resepi untuk biskut samperit ni sangat mudah dan bahan pun tidak rumit, cuma perlukan skill untuk menekan acuan samperit supaya menjadi bunga samperit yang mekar je.

Resepi hasil dari perkongsian Yati Yati di group facebook Masak Apa Hari Ini (MAHI) telah mendapat perkongsian yang banyak. Jom kita cuba resepi dari saudari Yati Yati ini.

 

RESEPI BISKUT SAMPERIT KLASIK

Bagi mendapatkan bunga biskut samperit yang tak rebah semasa membakar, rehatkan dahulu biskut yang telah diterap selama setengah jam sebelum masuk ke dalam oven.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 250 gram Marjerin / butter
  • 3/4 cwn gula / dimesin halus
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 cwn Tepung gandum
  • 1 cwn Tepung beras
  • 1 cwn Tepung jagung
  • 1cwn Tepung custart 

CARA-CARA PEMBUATAN BISKUT SAMPERIT KLASIK :

▶️ Mula-mula, campurkan marjerin, gula,kuning telur, esen vanilla didalam satu bekas dan kacau sehingga sebati.

▶️ Selepas itu, masukkan kesemua tepung kedalam bahan yang dah dicampur tadi dan gaul sehingga sebati dan tidak lekat ditangan.

▶️ Guna acuan samperit pecah 15 dan tekan sehingga menjadi bunga samperit mekar.

▶️ Kemudian, letakkan hirisan ceri merah atau chocolate cip di tengah-tengah biskut.

▶️ Bakar suhu 160oc api atas bawah selama 30 minit.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Coklat Cheese. Super Sedap Dan Mudah Dibuat!

 

Elok betul kejadiannya, aroma biskut semasa dibakar memang wangi betul. Macam dah tak sabar nak makan, sekali ngap sekelip mata boleh habis sebalang.

Penggunaan tepung beras didalam adunan biskut supaya kelopak bunga semperit tidak mudah jatuh dan kekal, rasa biskut semperit ini tidak keras dan elok sahaja rasanya walaupun menggunakan tepung beras.

Mudahkan ibu-ibu nak buat biskut samperit ni, cuma perlukan teknik untuk menekan jadi bunga semperit yang mekar elok sahaja. Selamat mencuba ibu-ibu!

Leave A Reply

Your email address will not be published.