Resepi Ayam Goreng Cili Kering, Pasti Isi Ayam Akan Habis Dimakan Jika Dimasak Hidangan Ini!

0 11,951

Kebiasaannya bahagian isi ayam kalau dimasak selalu membazir dan tiada siapa yang nak makan. Bagi elakkan pembaziran daripada tiada siapa yang makan baik cuba resepi yang kami ingin kongsikan ini, Resepi Ayam Goreng Cili Kering.

Kalau nak tahu hidangan ini merupakan masakan cina, yang menggunakan isi ayam yang disalut dengan tepung dan digoreng seperti popcorn chiken. Itu yang menjadi penyedap dalam masakan ini, konfem isi ayam akan habis dimakan jika digoreng seperti ini.

Isi ayam ini akan digoreng dengan sos dari campuran sos cili, sos tiram dan sos tomato. Jadi sudah tidak perlukan garam dalam hidangan ini, ayam akan secukup rasa dengan campuran sos-sos tadi.

Nak tahu macam mana nak kekalkan keranggupan ayam walaupun sudah tersalut dengan sos? Rahsia ini ramai yang tidak tahu, dengan mengoreng ayam dua kali. Selepas digoreng buat kali pertama, angkat dan toskan dahulu dan ketepikan sehingga sejuk.

Kemudian, goreng ayam tersebut sekali lagi, jangan goreng terlalu lama nanti hangit pula. Inilah rahsia restaurant cina untuk memastikan ayam tetap ranggup walaupun sudah tersalut dengan sos. Resepi ini telah dikongsi oleh Ruhana Zalina.

 

RESEPI AYAM GORENG CILI KERING

Ayam yang dipotong kecil-kecil akan digaul denga tepung jagung untuk dijadikan seperti popcorn chiken,  dengan menggunakan sebiji telur untuk salutkan tepung tersebut. Tapi jika ingin sedap lagi boleh guna tepung serbaguna untuk salutan ayam.

photo6275943377447005674.jpg (450×600)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 pelepah daun kari
  • 10 biji cili kering
  • Cili padi ( hiris )
  • 2 biji bawang merah ( potong 4 )
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit sos cili
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Isi ayam
  • Tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula ( optional )

photo6275943377447005675.jpg (450×600)

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG CILI KERING

▶️ Mula-mula ayam dipotong kecil-kecil dan gaul dengan tepung jagung dan telur, gorengkan sehingga masak dan toskan.

photo6275943377447005677.jpg (450×600)

▶️ Selepas itu, tumis cili kering yang sudah dipotong dengan daun kari sampai garing.

▶️ Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi hiris.

photo6275943377447005676.jpg (450×600)

▶️ Masukkan bahan-bahan sos dan sedikit air, garam dan gula.

▶️ Akhir sekali masukkan ayam dan bawang merah yang dipotong.

 

BACA JUGA : Resepi Masak Lemak Sayur Versi Kelantan, Yang Menggunakan Ikan Rebus Sebagai Penyedap Kuah!

 

Siap satu hidangan, yang ni pasti akan habis isi ayam dan tak membazir jika masak seperti ini. Hidangan ini sangat sedap, walaupun tidak berkuah. Makan dengan nasi panas-panas dengan lauk ini sahaja pun sudah cukup sedap.

7293298324.jpg (1200×800)

Hidangan ini boleh juga ditukar kepada daging, cuma daging perlu digoreng sehingga empuk terlebih dahulu baru dapat di masak dengan sos. Hidangan ini tidak berkuah, merupakan hidangan kering tapi tetap sedap kerana sosnya sudah secukup rasa.

Resepi ayam goreng cili kering ini sangat mudah disediakan dan sedap dimakan, pasti anak-anak aksn sukakanya. Rasanya agak pedas, tapi boleh kurangkan sedikit cili kering dan cili padi jika nak kurangkan pedas. Selamat mencuba resepi yang kami kongsikan ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.