Resepi Nasi Arab Ikan Neelofa Yang Super Marvelous Dan Padu. Tengok Pun Dah Terliur!

0 3,104

Bagi anda yang penggemar nasi arab, mesti anda akan suka bila jumpa resepi ni. Sesuai buat hidangan istimewa keluarga. Resepi nasi arab ni kaya dengan aroma rempah. Setiap suapan tu memang terasa nikmat. Biasa nasi arab disajikan dengan lauk ayam atau kambing. Tapi resepi nasi Arab ikan neelofa menggunakan ikan sebagai lauk menggantikan ayam atau kambing.

Dalam resepi ni menggunakan ikan siakap. Rasa yang lembut dan juicy menjadikan hidangan ni sangat sedap dan enak. Selain ikan siakap anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan talapia, ikan merah, bawal dan macam-macam lagi. Hidangkan bersama acar salatah dan sambal cili memang lagi padu.

Selain hidangan ni sangat sedap. Malah cara penyediaan resepi ini sangat mudah dan bahan yang digunakan tidak renyah. Ikan siakap tersebut tidak perlu ditanam ke dalam nasi. Ianya hanya perlu diperap dengan kunyit dan digoreng sehingga garing. Kemudian dihidangkan bersama nasi arab tersebut.

Berbeza jika anda menggunakan lauk ayam atau kambing. Ianya lebih sedap jika dimasak bersama nasi. Nak buat nasi arab ni lagi sedap kalau masak dengan beras basmathi. Tapi kalau gunakan beras biasa pun enak juga. Ikulah mana yang anda suka. Tapi kalau nak hidangan pada keluarga nak gunakan beras mahal sekali sekala pun boleh.

Bau nasi yang wangi dan terasa aroma pasti berselera mereka makan nanti. Hidangan ini juga sesuai dihidangkan pada makan tengahari ataupun malam malam bersama keluarga anda. Jom ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Nuryusra Ibrahim Kutty.

 

RESEPI NASI ARAB IKAN NEELOFA

Rasa dah tak sabar nak mencuba resepi yang sedap ini. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi resepi nasi Arab ikan neelofa. Resepi yang cukup lengkap dengan penyediaan nasi arab, acar salatah dan sambal.

Bahan-bahan yang perlukan : 
Bahan nasi arab : 
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 5-6 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1-2 inci halia (dikisar)
  • 5 pot beras basmathi – 7 pot air
  • 1/2 tin susu cair
  • Rempah 4 sekawan
  • 3 biji tomato
  • 5 sudu tomato puree
  • 2 helai Bay leaf
  • 3 Cili merah
  • 2 Cili hijau/cili padi
  • Daun ketumbar
  • Garam / Gula
  • Minyak/Minyak sapi

Bahan rempah perap ikan & nasi :
  • 2 ekor ikan siakap (perap dengan 1 sudu sebuk kunyit dan 1 sudu garam)
  • 1 ½ sudu lada hitam
  • 2 sudu serbuk cili*
  • 1 sudu jintan manis dan jintan putih*
  • 1 sudu ketumbar*

* kisar kering, half untuk ikan & half untuk

Bahan acar salatah :
  • Timun (potong dadu)
  • Carrot (potong dadu)
  • Tomato (potong dadu)
  • Perahan air lemon
  • Hirisan daun ketumbar
  • Garam/Gula

*Satukan kesemuanya hingga sebati.

Bahan sambal : 
  • 4 biji tomato
  • 3 lada merah
  • 4 biji cili padi
  • Daun ketumbar
  • Perahan air lemon
  • Daun ketumbar
  • Garam/Gula

*Kisar kesemuanya hingga sebati.

CARA PENYEDIAAN NASI ARAB IKAN NEELOFA :

▶️ Kelarkan ikan dan lumurkan bahan perap ikan selama 30 minit sehingga satu jam.

▶️ Tumiskan rempah 4 sekawan, bay leaf dan bawang holand yang dihiris. Sehingga kekuningan dan naik bau.

▶️ Masukkan semua bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak.

▶️ Kemudian, masukkan tomato dan tomato puree. Biarkan mendidih seketika.

▶️ Masukkan separuh daripada rempah kisar untuk perap ikan tadi serta garam dan gula.

▶️ Masak sehingga mendidih. Tutup api.

▶️ Masukkan beras, air, lada merah, lada hijau dan susu cair. Tuangkan bahan yang ditumis tadi kedalam periuk nasi.

▶️ Sementara itu, goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak hingga ikan tenggelam. Goreng sehingga garing dan toskan.

▶️ Setelah nasi masak. Masukkan kedalam bekas untuk dihidang.

▶️ Boleh la dihidang bersama ikan, acar dan sambal.

 

BACA JUGA: Resepi Mac And Cheese Yang Simple Dan Mudah. Hanya Menggunakan 4 Bahan Sahaja Namun Rasanya Sangat Lazat!

 

Wah dan siap! Nampak berselera sungguh hidangan set nasi arab ni. Hidangan ini juga anda boleh dihidangan pada hari raya, sambutan hari jadi atau majlis keramaian yang lain. Wah sangat kelainan dan istimewa menu yang dihidangkan. Dan pasti ramai menyukainya.

Untuk nasi arab ni, sukatan air sama je macam biasa masak nasi yang biasa kita masak dirumah. Kalau guna beras basmathi ada sukatanya juga. Yang penting perlu ambil kira semua cecair yang dimasukkan sebagai sukatan air beras. Hasilnya nasi anda akan menjadi elok dan cantik.

Hujung minggu ni dah tak pening dah nk pikir masak apa untuk hidagan pada keluarga anda. Boleh cuba resepi nasi Arab ikan neelofa yang dikongsikan ni. Boleh save dulu resepi ini. Semoga resepi yang dikongsikan ini memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.