Resepi Ayam Butter Nestum Yang Marvelous. Ayam Digoreng Rangup Bersalut Nestum Crunchy!
Resepi ayam memang antara menu wajib yang dihidangkan untuk keluarga. Kadang-kadang anak-anak ni kalau takde ayam tak berselera makan nasi. Tapi kalau asyik masak yang sama muak juga. Apa kata hari ni cuba menu yang simple untuk anak-anak iaitu resepi ayam butter nestum. Rasanya yang sedap dan berlemak pasti anak-anak akan suka.
Nestum ni rasanya cikit berlemak dan wangi. Bila dimasukkan dalam masakan atau hidangan memang sedap. Nestum juga digunakan dalam pelbagai makanan tak kira dari segi biskut, kuih muih, minuman dan masakan. Bila tambah nestum ni menjadikan masakan anda sangat sedap dan menyelerakan.
Selain ianya berlemak dan wangi, nestum ni kalau ditambah dalam masakan menjadikan masakan anda lebih crunchy dan rangup bila anda makan memang rasa enak dan marvelous. Lagi-lagi kalau hidangan seperti ni. Memang sedap bila ada campuran butter, dah tak perlu perisa lain dah.
Cara penyediaan masakan ni juga cukup mudah dan simple. Malah bahan yang digunakan pun tidak renyah. Nestum ni akan disangai dulu, dan kemudian akan disatukan dalam ayam butter. Sebelum tu ayam tersebut digoreng rangup dan sungguh juicy didalam. Yang bertambah sedap keladak butter tu bila bersalut dengan nestum memnag kombinasi yang terbaik.
Menu ni juga sesuai untuk dihidangkan untuk anak-anak kerana tidak pedas. Tapi kalau anda suka pedas boleh tambahkan cili semasa goreng ayam bersama butter. Baru tak muak. Resepi yang simple dan sedap ni dikongsikan oleh Cik Puan Farina Kamarroni. Anda boleh follow resepi ni step by step untuk menghasilkan hidangan yang padu dan mantap!
RESEPI AYAM BUTTER NESTUM
Untuk menghasilkan ayam yang rangup, goreng dulu ayam tersebut dengan tepung bestari. Bila disebatikan dalam kuah butter dan nestum, bertambah asli rasanya. Makan dengan nasi panas-panas cukup menyelerakan. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Isi ayam potong sederhana
- Tepung bestari
- Nestum original
- 1/4 Butter
- 5 Ulas Bawang putih (cincang)
- 2 Biji Cili api (nak pedas letak la 10biji)
- Daun kari
- 1/3 tin Susu sejat atau susu fullcream
CARA PENYEDIAAN AYAM BUTTER NESTUM :
▶️ Goreng ayam bersama tepung bestari. Asingkan
▶️ Sangai nestum sehingga warna keemasan. Asingkan
▶️ Tumis bawang putih, cili api dan daun kari, sehingga naik bau.
▶️ Kemudian masukkan susu sejat, masak sehingga pekat. Masukkan garam dan kiub ayam
▶️ Masukkan ayam yang siap di goreng tadi. Tutup api.
▶️ Kemudian baru masukkan nestum yang dah disangai. Gaul rata.
▶️ Letak dalam pinggan. Tabur nestum. Siap!
BACA JUGA: Resepi Spaghetti Tomyam Pedas Creamy Yang Simple Dan Sedap. Secukup Rasa, Anda Wajib Cuba!
Tada dah siap! Wah hidangkan untuk anak-anak pasti laju je mereka makan. Siap bertambah-tambah lagi kan. Makan ayam butter ni masa baru lepas dimasak lagi bertambah sedap. Rasa yang rangup dan cruchy memang sedap. Bertambah sedap lagi bau aroma daun kari yang ditumis butter dan nestum memang membangkit selera.
Lagi bertambah sedap bila masak dengan nasi putih. Tapi kalau anda nak makan ratah macam tu pun sedap. Buat mak-mak yang pening nak masak apa untuk menarik selera anak-anak bolehlah cuba resepi ni. Pasti mereka suka. Nak hidangkan bersama sos tomato dan sos cili pun boleh terpulang pada selera anda.
Kalau anda tiada kelapangan boleh save dulu resepi dan bila nak masak senang untuk buat rujukan nanti. Resepi yang mudah dan kesukaan anak-anak rugilah kalau tidak mencubanya. Semoga resepi ayam butter nestum yang dikongsikan ini memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.