Resepi Casava Cake @ Kek Ubi Kayu Yang Paling Simple Dan Sedap. Pelengkap Minum Petang Anda!
Wah terliur pula tengok kek ubi kayu yang kenyal dan lembut ni. Terpikir pula nak buat hidangan pada minum petang nanti. Resepi casava cake @ kek ubi kayu ni dikatakan salah satu kuih tradisional masyarakat Filipin. Tapi dah ada unsur moden dalam resepi ni sebab ada pernambahan keju parut.
Resepi casava cake @ kek ubi kayu ianya lebih kurang macam bingka ubi kayu. Tapi membezakan resepi ni sebab casava case ni lebih lemak berkrim diataskan. Tambahan cheese dalam resepi ni memang membangkitakan selera makan kita. Yang tak pernah try anda wajib try!
Teksturnya yang lembut dan berlemak manis tu, membuatkan kuih ni sedap dan sesuai dibuat sebagai pencuci mulut. Walaupun telah banyak resepi kek model sekarang tapi kek tradisional yang lembut dan kenyal seperti kek ubi kayu juga digilai ramai. Disebab kelembutan dan kemanisnyanya tidak hairan ianya antara kek yang popular.
Cara penyediaan resepi ni sangat simple dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Rasa kek ubi ni berbetul-betul sedap dan lemak berkrim kerana bahan yang digunakan seperti santan, susu fresh dan juga cheese. Ianya memang menarik selera kita untuk menikmati
Resepi casava cake @ kek ubi kayu yang simple dan padu ni dikongsikan oleh salah seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Yaqut As. Selain orang dewasa yang mengemari, malas anak-anak pun pasti menyukai kerana rasa manis dan berlemak cheese. Jika dibandingkan dengan bingka ubi kayu. Rasanya kuih ni mungkin lebih menarik selera anak-anak.
RESEPI CASAVA CAKE @ KEK UBI KAYU YANG PALING SIMPLE
Dalam resepi memang tidak menggunakan perwarna untuk kelihatan lebih cantik. Namun ianya memang asli warna ubi kayu. Wah menarikkan! Pasti anda dah tak sabar untuk mencuba resepi kan. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 3 cup ubi kayu (parut)
- 1/2 cup susu pekat manis
- 1/2 cup susu cair
- 2 Biji telur
- 1/8 cup santan peka
- 1/8 cup gula pasi
- Secubit garam
Bahan topping :
- 1/2 cup susu pekat manis
- 1/2 cup santan peka
- 1 biji kuning telu
- Keju cheddar secukupnya
CARA PENYEDIAAN CASAVA CAKE @ KEK UBI KAYU YANG PALING SIMPLE :
▶️ Satukan semua bahan, gaul sebati. Sedia untuk dibakar.
▶️ Bakar pada suhu 180 selama 40 minit. Atau terpulang pada oven masing-masing ya.
▶️ Dah siap dibakar. Masa untuk membuat toppingnya.
▶️ Satu semua bahan topping tadi kecuali keju cheedar. Gaul hingga sebati.
▶️ Dah sebati tu, tuang ke atas ubi yang dah dibakar.
▶️ Dah tuang, baru la kita parutkan cheesnya. Masukan dalam oven, Bakar lagi hingga keperangan.
▶️ Tunggu sejuk sedikit. Sedia untuk dihidang!.
BACA JUGA: Resepi Biskut Macaron Yang Rangup Dan Crunchy. Tips Buat Macaron Menjadi Dan Cantik Macam Yang Dijual!
Wah! Siap untuk dihidang! Mudahkan nak buat resepi casava cake @ kek ubi kayu. Rasa lembut, manis dan berlemak memang membangkitkan selera. Bertambah sedap kalau dihidangkan bersama dengan air kopi panas. Nak hidangan pada mak ayah atau anak-anak pasti mereka suka. Yelah mak ayah memang suka kuih tradisional berasaskan ubi kayu ni. Manakala anak-anak apa jenis-jenis masakan berasaskan cheese pasti suka.
Mudah je nak sediakan hidangan untuk keluarga. Yang pasti kerana rajin mencuba. Jika anda mengikut bahan dan sukatan yang digunakan akan menghasilkan satu bekas kecil. Tapi kalau bilangan keluarga yang ramai. Anda boleh gandakan sukatan mengikut citarasa anda.
Kek ni sesuai untuk dibagikan pada jiran. Boleh buat banyak cikit. Bila kita berkongsi makan dan rezeki lagi baik. Semoga dengan perkongsian resepi casava cake @ kek ubi kayu dapat memberi anda manfaat. Anda juga boleh share resepi ni agak sama-sama manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.