Resepi Ikan Bilis Salted Egg Yang Super Sedap. Hidangan Ringkas Namun Dapat Membangkitkan Selera Anda!

0 860

Ikan bilis ni sejak azali lagi kita tau rasanya memang sedap sangat bila dibuat masakan sambal. Kalau cari lauk alternatif yang tak perlu masak, memang sambal ikan bilis ranggup, garing yang menjadi pilhan ramai. Jadi hari ni nak kongsi resepi ikan bilis kering salted egg yang super sedap. Gaulkan je dengan nasi panas dan cukup menyelerakan.

Biasa kalau kita masak sambal ikan bilis untuk dimakan dengan nasi lemak agak lembap dan basah-basah. Tapi sambal ini berkonsepkan  memang dimasak kering dan ranggup seperti yang selalu nampak orang jual sambal kering tu. Sambal ikan bilis garing ni boleh disimpan dalam bekas dan ianya boleh tahan lama dan boleh dimakan berulang kali.

Sambal kering salted egg ini nak makan dengan nasi panas atau bubur nasi pun sedap. Rasa yang pedas-pedas dan lemak -lemak dari salted egg memang sedap dan padu. Kalau tengah malam tiba-tiba lapar boleh juga dimakan dengan roti. Fuhh sangat keistimewa bila buat sambal bilis salted egg ni.

Cara penyedian juga sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga tidak renyah. Sangat ringkas siapa pun boleh memasak nya. Salted egg kalau nak guna yang serbuk  pun boleh. Tapi kalau anda nak tak letak pun boleh. Salted egg adalah opition dalam resepi ni.

Menu ini juga sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak. Resepi yag istimewa ini dikongsi oleh Zainor Shima Ihsan. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ni. Anda boleh je follow resepi ini pasti akan teruja dengan rasanya.

 

RESEPI IKAN BILIS SALTED EGG 

Untuk masakan sambal kering ini, anda yang gunakan cili kering kisar ataupun nak mix cili padi pun boleh. Ikut  yang anda suka. Yang pasti sambal perlu betul-betul masak untuk tahan lama. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi sambal kering ini disedikan.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 500 gram cili kering kerinting pedas @ Nak mix cili pun ok je.
  • 500 gram ikan bilis kopek.
  • Bawang goreng segera.
  • Gula halus/gula pasir (dikisar)
  • garam bukit (pilihan
  • Serbuk cheese (pilihan)
  • 2 ketul kuib ayam- brand maggie
  • Serbuk secukup rasa- brand maggie
  • Serbuk salted egg-brand bestari
  • minyak

CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS SALTED EGG :

▶️ Basuh cili kering sekejap, dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.

▶️ Kemudian guna hand blander atau blander kering. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.

▶️ Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.

▶️ Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.

▶️ Masuk kan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak) .

▶️ Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit utk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.

▶️ Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg.

▶️ Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.

 

BACA JUGA: Resepi Kek Marble Gebu Dan Lembut. Aroma Kek Yang Dapat Memukau Selera Anda!

 

Wah, serius lah nampak sangat menyelerakan resepi ini. Hidangan ini sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa. Nak buat stok banyak-banyak pun bole. Dan buat berniaga pun boleh. Resepi yang sangat sedap semestinya ramai menyukainya.

Kalau makan bubur panas-panas pastu letak pula sambal bilis kering ditambah telur masim dan daun bawang pasti terangkat. Boleh makan bertambah dibuatnya. Rasa yang pedas, dan lemak-lemak dari salted egg memang antara kombinasi yang sedap. Anda wajib cubanya dirumah tau. Resepi yang sangat simple sangat rugi kalau anda tak mencubanya.

Resepi sambal kering ikan bilis salted egg ini anda boleh buat kalau nak sediakan 1 sambal alternatif bila malas nak masak lauk pelbagai. Sesuai juga jadikanya penambah rasa. Yang penting ianya mudah disediakan, Semoga resepi ini dapat anda memberi manfaat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.