Resepi Chocolate Chesse Cake Yang Super Sedap. Lemak Berkrim Pasti Menjadi Kesukai Ramai!

0 621

Siapa yang tak suka kek kan! Semua orang pasti suka makan kek, kalau boleh nak kek yang simple dan senang buat je kan? Apa kata anda tengok resepi yang dikongsikan iaitu chocolate chesse cake. Chocolate chesse cake antara kek yang menjadi kesukaan semua orang tak kira muda ataupun tua.

Kombinasi antara chocolate dan cheese dalam kek tersebut membuat kek lebih lemak berkrim dan sangat sedap.  Chesses ataupun dipanggil keju adalah mempunyai bertekstur lembut, dan rasa lemak berkrim, bila dimakan cair dimulut. Tidak mustahil kalau chocolate cheese cake menjadi kegilaan semua.

Pelbagai jenis kek yang kita sering makan, antara kek tiramisu chocolate, indulgence choclate, black forest, red velvent dan sebagainya. Semua jenis kek mempunyai rasa yang tersendiri namun chocolate cheese cake tidak pernah jemu dimakan dan penyediaan juga mudah dan senang.

Bahan-bahan untuk penyediaan kek ini juga mudah didapati, kebiasaan bahan-bahan tersebut ada dikedai yang menjual bahan bakery. Kalau seminggu sekali dapat buat kek untuk anak-anak confirm anak-anak akan suka. Chocolate chesse cake juga sesuai dihidang untuk majlis tertentu seperti sambut hari lahir, majlis keramaian atau sebagainya.

Apa kata anda follow resepi yang dikongsi oleh pengguna facebook iaitu cik puan Nor Al Fatihah. Bila dah pandai buat kek chocolate cheese cake bolehlah gunakan skill yang ada untuk pelbagai lagi jenis kek lagi. Pasti anda akan  senorok bila kek yang dihasilkan menjadi. Selamat mencuba.

 

RESEPI CHOCOLATE CHEESE CAKE

Chocolate cheese cake ini mempunyai rasa tersendiri, dan mempunyai keenakkan yang membuatkan anda tidak jemu untuk memakannya, rasa coklat cheese membuatkan anda tidak terhenti- hentikan nak makan je. Tapi bila buat sendiri lebih puaskan, nak letak chesse banyak-banyak pun boleh.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/2 Cawan serbuk koko
  • 1/2 Cawan gula halus
  • 1/2 Cawan susu cair (full cream milk)
  • 1/2 Cawan susu pekat
  • 1/2 Cawan minyak masak
  • 1/2 Cawan tepung gandum(diayak)
  • 1/2 Sudu teh serbuk penaik(diayak)
  • 1/2 Sudu teh soda bikarbonat
  • 1/4 Sudu teh garam halus(diayak)
  • 2 Biji telur gred B
  • 1 Sudu teh esen vanilla
  • 1 Sudu teh air nescafe (tak nak boleh skip)

 

Bahan-bahan layer cheese : 
  • 250gm Cheese tatura(di lembutkan pada suhu bilik)
  • 1/2 Cawan gula halus
  • 2 Biji telur gred B
  • 1 Sudu layer cheese teh esen vanilla
  • 1 Sudu besar tepung gandum

CARA PENYEDIAAN CHOCOLATE CHEESE CAKE :

▶️ Langkah pertama untuk buat kek coklat,  masukkan adunan ke periuk, satukan serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat, & minyak. Panaskan di atas api & kacau hingga gula larut saja. Jangan sampai mendidih. Biarkan suam seketika

▶️ Kemudian, campur telur, esen vanila & air nescafe. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan diayak & kacau sebati.

▶️ Tuang ke dalam loyang saiz 8 inci yg telah di lapik dengan baking paper. Tinggal sedikit adunan dalam 2 sudu besar untuk buat corak di atas kek nanti. Kukus 25-30 minit dengan api sederhana

▶️ Langkah kedua, untuk buat layer cheese satukan semua bahan-bahan & pukul hingga sebati & kembang

▶️ Setelah kek coklat masak, tuang adunan cheese perlahan2 di atasnya. Masa ini kecilkan api sebab kita nak buat corak dulu.

▶️ Baki adunan kek coklat tadi di tambah dengan 1 sudu besar tepung gandum supaya menjadi pekat, jadi senang untuk kita picit & tidak meleleh. Masukkan ke dalam piping bag.

▶️ Lukis line panjang banyak-banyak  di atas cheese, kemudian tarik dengan pencungkil gigi untuk buat coraknya.

▶️ Kukus semula selama 25-30 minit api sederhana kecik. Bila di cucuk dengan lidi, ia keluar bersih bermakna kek sudah masak

▶️ Sejukkan dulu di dalam peti ais 1 jam sebelum di potong.

▶️ Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Tempoyak Bilis Petai. Memang Sedap Dijamin Makan Nasi Bertambah-Tambah!

 

Dah siap! Mesti seronakkan kek yang dihasilkan berhasil, dan menjadi kesukaan keluarga. Bila tengok anak-anak suka makan terus naik semangat nak buat lagi. Kebiasaan chocolate chesse cake dikedai-kedai, rasanya agak manis, tapi bila anda buat sendiri anda boleh mengubah mengikut citarasa anda.

[]

Hidangan chocolate chesse cake yang dikongsikan pun dan menarik perhatian kita. Jika anda buat sendiri lagi sedap dan sangat jimat. Kek ini boleh dihidang bila masa sama ada untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut. Kek yang sedap ini pasti menjadi kesukaan seisi keluarga.

Chocolate chesse cake juga boleh dijadikan sebagai kek untuk sambutan hari jadi anak anda nanti. Buat kek untuk majlis sendiri lebih puas hati. Resepi yang dikongsikan juga sangat senang, bolehje ikut step by step resepi diatas. Semoga resepi Chocolate cheese cake ini memberi manfaat buat semua. Selamat memcuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.