Resepi Kek Pisang Yang Moist, Dengan Blender Semua Bahan Sudah Dapat Kek Yang Sempurna!
Kek pisang sejenis kek yang enak dan sedap rasanya. Menggunakan pisang sebagai bahan utama menjadikan rasanya sangat manis seperti pisang. Resepi Kek Pisang sangat mudah dan tidak renyah untuk dibuat.
Biasanya dalam kek ini menggunakan pisang berangan yang sudah masak atau pisang yang lasu yang boleh diselamatkan untuk membuat kek pisang atau cekodok. Pemilihan pisang juga penting kerana pisang yang masak dan manis elok untuk dibuat kek.
Walaupun kek ini nampak seperti kek kesukaan orang tua-tua, tapi kek ini tidak lapuk dek zaman kerana kek ini sekarang telah banyak diolah menjadikan ia lebih menarik dan menyelerakan dengan pelbagai variasi.
Kek ini sangat lembut dengan rasa manis dari pisang membuatkan kek ini sangat sedap. Kebiasaannya kek ini tidak menggunakan perasa pisang tapi rasanya datang dari pisang yang dikisar.
Kek pisang mendapat banyak sambutan kerana mudah dibuat, mudah dihidangkan, tahan lama, sedap dan sangat murah. Resepi kek yang sedap ini dari perkongsian Fauziah Ardell Daniyal .
RESEPI KEK PISANG
Nak buat kek pisang sangat mudah, tidak perlu nak mix bahan-bahannya sehingga betul-betul kembang. Kalau tak ada mixer boleh gunakan blender sahaja dan campur semua bahan sekali gus.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan-bahan diayak
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bicarbonate
Bahan yang diblend :
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 biji telur gred A
*4 biji pisang berangan di lenyek-lenyek
CARA-CARA PENYEDIAAN KEK PISANG
▶️ Masukkan bahan yang sudah di blender tadi dalam bekas, selepas itu masukkan bahan ayak tadi.
▶️ Selepas itu, kaup bahan ayak dan bahan blender dengan pisang yang di lenyek tadi sampai sebati.
▶️ Masukkan ke dalam loyang adunan yang sudah siap, hias topping ikut suka diatas adunan kek letak hirisan pisang, choklat chip butterscotch dan coklat masakan.
▶️ Bakar dengan suhu 180 selama 1 jam atau kukus slama 45 minit.
▶️ Apabila sudah masak, terus keluarkan kek dari loyang dan sapu marijerin atas permukaan kek sewaktu masih panas dan sedia untuk dihidang.
BACA JUGA : Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Digemari Ramai, Lebih Mudah Adunan Menggunakan Sukatan Cawan!
Senang sangat nak buat kek pisang ni, blend je semua bahan-bahan saje. Tekstur kek pisang sangat lembut dan moist, rasanya yang manis kalau makan sepotong pun memang tidak cukup.
Sekarang ini sudah macam-macam kek pisang divariasikan dengan meletak coklat, hirisan pisang dan ada juga masukkan adunan coklat dan baut seperti kek marble. Bahan-bahan ini boleh dihias mengikut kreativiti untuk mencantikkan lagi permukaan kek.
Resepi kek pisang ini memang mudah sekali dibuat, rasanya untuk yang pertama kali baking pun boleh dapat hasil kek yang sempurna juga. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dirumah!