Masak lemak cili api salah satu hidangan mudah untuk dibuat. Masak lemak cili api nampak macam masak gulai kuning, tapi bahan yang digunakan dan rasa agak berbeza. Kali ini kami kongsikan Resepi Masak Lemak Cili Api Ayam yang sedap dan mudah dibuat.
Resepi masak lemak cili padi kali ini dari masakan negeri sembilan, kalau pergi ke negeri sembilan boleh lihat pelbagai hidangan yang dimasak dengan resepi ini. Sebab itu negeri sembilan femes dengan masak lemak cili padi.
Rasa masak lemak cili padi sedap sangat, rasa pedas dan lemak santan yang menyelerakan boleh buat makan nasi bertambah. Siapa suka makan masakan pedas memang hidangan ini salah satu akan jadi pilihan kerana boleh memenuhi citarasa si pengemar makanan pedas.
Nak masak masak lemak cili padi ayam ni sangat simple, bahan-bahan pun tak banyak digunakan. Resepi ini telah dikongsi oleh Norlailanazira Mohd Agos , hidangan ini sangat mudah untuk dibuat pada bila-bila masa.
Kalau diperhatikan banyak cara untuk masak lemak cili padi ini, ada yang hanya menggunakan bawang putih dan cili padi sahaja, ada yang tidak masukkan bawang, dan ada yang tidak letak daun limau purut. Cara masak bergantung pada selera masing-masing dan tempat mereka, sebab lain tempat lain cara.
RESEPI MASAK LEMAK CILI API AYAM
Masak lemak cili api kalau tak ada serai memang tak aumm lah. Serai boleh membuat masak lemak rasa lagi sedap dengan aroma wangi dari batang serai tersebut dan ada sesetengah resepi meletakkan daun limau purut sebagai pembangkit rasa.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Ayam ( ikut kuantiti yang diingini )
- 2 batang serai ( diketuk )
- 20-30 biji cili api *
- 1 atau 2 inci kunyit hidup *
- 1 kotak santan
- Ubi kentang
- Daun limau purut
- Asam keping
- Garam
CARA-CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK CILI API AYAM
▶️ Mula-mula masukkan ayam dan serai kedalam periuk.
▶️ Seterusnya, kisar cili api dan kunyit hidup. Masukkan bahan kisar kedalam periuk.
▶️ Apabila ayam dah sebati dengan cili api baru masukkan santan.
▶️ Kemudian, masukkan ubi kentang yang dah dipotong empat dan masak sehingga empuk.
▶️ Masukkan daun limau purut dan asam keping. kacau sebati dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Nampak sedap kan masak lemak cili api ayam ni. Bukan setakat senang dibuat, bahan-bahan yang diguna pun tak banyak. Boleh kata kutip bahan dalam peti ais je dah jadi satu hidangan yang boleh buat makan nasi bertambah-tambah.
Bukan susah nak buat hidangan ini, kalau nak sedap masak lemak ni memang kuah kena pedas la dan guna santan segar. Untuk peminat makanan pedas memang akan suka dengan hidangan ni.
Bukan itu sahaja, dari resepi masak lemak cili api ayam boleh juga ditukar dengan lauk lain seperti daging, itik, atau ikan keli. Tapi pergi je negeri sembilan boleh jumpa macam-macam masak lemak cili padi. Selamat mencuba!