Resepi Rendang Ayam Untuk Hari Raya. Follow Resepi Ni Confirm Menjadi. Sedap Hingga Menjilat Jari!

0 3,013

Bila tiba hari raya, rendang menjadi menu utama semasa raya dan merupakan hidangan pelengkap pada hari raya. Resepi rendang ayam ni ringkas memang sedap rasanya dan rasa rendang keaslian zaman berzaman.

Rendang ayam bukan sahaja sedap dimakan dengan lemang, ketupat dan nasi impit sahaja, tapi sedap juga dijadikan lauk hidangan untuk dimakan dengan nasi dan roti.

Rendang yang sedap menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar dimasak sehingga sempurna. Aroma dari daun kunyit dan daun limau purut membangkitkan lagi aroma dan rasa rendang ayam tersebut.

Bahan utama dalam memasak rendang ialah santan, dan campuran dari beberapa bahan kisar yang dimasak sekali sehingga pecah minyak. Tidak lupa juga kerisik yang ditambah didalam masakan rendang.

Bagi ibu-ibu yang mencuba resepi rendang ayam bolehlah cuba resepi ini yang telah dikongsi oleh Zaky Mat Ali di laman facebooknya. Resepi ini amat mudah untuk ibu-ibu belajar cara untuk memasak rendang yang sedap.

 

RESEPI RENDANG AYAM

Memang masak rendang nampak rumit tapi sebenarnya tidaklah serumit yang disangka. Kunci utama untuk rendang yang sedap ialah dengan bahan tumis perlu dimasak dengan sempurna sehingga pecah minyak.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 asam keping
  • 1 helai daun kunyit diracik halus
  • 3 helai daun limau purut di hiris kasar
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

 

Bahan-bahan dikisar :
  • 20 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 9 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

CARA PENYEDIAAN RENDANG AYAM : 

▶️ Mula-mula tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

▶️ Selepas itu, masukkan santan dan ayam. Gaul rata.

▶️ Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.

▶️ Kemudian, bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

▶️ Gaul rata dan siap.

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Daging Utara Dan Air Asam Kerisik. Hidangan Original Dari Utara Yang Sangat Awesome!

 

Menyelerakan betul bau rendang ayam ni. Aroma dari dun kunyit dan daun limau purut lagi membangkitkan rasa. Kalau makan dengan nasi panas-panas dah tak pandang lauk lain dah.

Memang masak rendang memakan masa sedikit, disebabkan bahan kisar perlu ditumis sehingga pecah minyak baru rendang akan sedap. Tapi ada cara lain untuk masak rendang ni, dengan masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga masak dan pecah minyak dengan menggunakan api perlahan.

Cara masak rendang dah ditunjukkan step by step bagi memudahkan ibu-ibu untuk mudah memahami. Resepi rendang ayam ini sangat mudah dan senang dibuat yang pasti hasilnya sangat enak sekali. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.