Resepi Sambal Tempoyak Bilis Petai. Memang Sedap Dijamin Makan Nasi Bertambah-Tambah!

0 2,466

Masak apa hari ini? Dah kering idea nak masak apa? Jom cuba resepi Sambal tempoyak bilis  petai. Sedapnya kalau dapat makan sambal tumis tempoyak petai dengan nasi panas-panas. Makan dengan menu ini sahaja pun dah cukup, tak perlu cari lauk lain lagi dah. Musim durian baru-baru ini mesti ramai yang buat stock tempoyakkan, jadi apa kata cuba resepi ini.

Menu ini sangat sedap, dijamin ramai suka sambal tempoyak bilis petai ini. Ada juga peniaga online menjual sambal bilis tempoyak petai, ini kerana sambal ini menjadi pilhan utama pembeli, makan dengan telur goreng pun dah sedap. Kalau beli mesti tak puas makankan, apa kata kita buat sendiri. Boleh makan banyak- banyak lagi.

Tempoyak terhasil daripada isi durian yang diperap dan dicampurkan sedikit gula dan garam. Walapun tempoyak ini agak berbau, tetapi rasa lemak manis menjadikan tempoyak ini adalah satu makanan kesukaan ramai. Kebiasaan sambal tempoyak petai, ramai orang suka letak ikan bilis berbanding udang kerana boleh dijadikan stock untuk simpan nanti.

Cara penyediaan sambal tempoyak bilis petai ini sangat mudah. Hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan dalam menghasilkan hidangan ini. Antaranya, petai, tempoyak, bilis, bawang, cili dan perasa tambahan seperti gula dan garam. Jika anda pengemar petai boleh letak banyak-banyak mengikut cita rasa anda.

Sambal tempoyak ini juga boleh ditukar dengan menu lain seperti, seperti udang, ikan masin ataupun ayam,  terpulang pada selera anda. Resepi kali ini adalah perkongsian dari seorang pengguna facebook iaitu cik puan Liza Idris. Anda boleh follow step by step jika anda suka menu ini.

 

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI

Menu sambal tempoyak bilis petai ini yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan masak  sambal tempoyak petai bilis yang super ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan bilis
  • 2 Biji bawang besar(dikisar)
  • 1 Biji cili merah (dikisar)
  • 10 Biji cili (dikisar)
  • 2 Inci kunyit (dikisar)
  • 1 Batang serai (diketuk )
  • 4 Sudu tempoyak
  • ½ Cawan air
  • 1 Helai daun kunyit(dihiris)
  • Petai

CARA PENYEDIAAN SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI

▶️ Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian angkat.

▶️ Selepas itu, masukakan semua bahan kisar, tumis sampai naik bau.

▶️Setelah itu, masukkan serai, air dan perasa dengan gula garam.

▶️ Masukkan petai.

▶️ Goreng dihingga masak, kemudian siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Mee Bandung Yang Sedap Dan Padu. Bikin Ketagih Rasa Nak Lagi!

 

Tara! Ini hasilnya. Nampak sangat menyelerakan. Tidak susah pun masak sambal tumis tempoyak bilis petai, kalau anda suka bilis ranggung, anda boleh goreng dahulu bilis ataupun boleh terus follow step by step je resepi yang ringkas ini. Masak dengan nasi putih dan telur goreng pun dan cukup.

Jika sambal tempoyak ini dimasak dengan betul, ia boleh tahan lama, boleh disimpan dalam peti air, bila hendak makan hanya pergi dipanas sahaja. Malahan jika ingin travel atau memberi kepada anak yang berada diluar negeri pun boleh. Boleh hilang rasa rindu bila dapat makan sambal tempoyak ini daripada ibu.

Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi sambal tempoyak petai ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.