Cara Buat Roti Canai Homemade Yang Simple Dan sedap. Tekstur Yang Rangup Dan Lembut Sampai Ke Petang!
Roti canai merupakan antara menu dikedai mamak yang paling popular. Pergilah ke mana-mana kedai mamak, Ianya wajib disenaraikan dan merupakan menu yang menjadi rebutan. Tapi tak kan asyik nak beli je. Apa kata buat sendiri! Follow je cara buat roti canai homemade ni. Bila dah reti buat roti canai, pagi petang siang malam tak kisah nak layan roti je. Silap-silap kedai mamak pun dah tak mau singgah dah.
Roti canai ni banyak versi antaranya roti kosong, roti telur, roti tampal, roti sardin dan bermacam-macam jenis roti canai ni. Semua sedap. Tapi lagi padu roti canai ni bila dimakan dengan kuah kari, kuah kadang dhal, gula atau apa sahaja pun layan. Lagipun kalau buat sendiri dijamin bersih berbanding beli roti dikedai.
Part yang paling penting dalam buat roti canai ialah cara anda kendalikan doh. Dari situ nak dapatkan roti rangup dan kekal lembut sampai ke petang. Kalau nak buat doh roti canai memang mengambil masa cikit. Makin lama doh diuli makin bertambah sedap rasa roti canai tu.
Selain tu, doh juga akan dibiarkan semalaman untuk memudahkan proses mencanai atau kibar supaya ianya menjadi elok. Roti canai ni bukan sahaja sesuai dinikmati sebagai menu sarapan, malah ada juga yang menikmatinya untuk makan petang dan makan malam. Kerana menu ni juga sangat mengenyangkan anda.
Resepi yang dikongsikan dilaman facebook dari Cik Puan Zalila Mohamad paling senang nak ikut. Stepnya ringkas je. Nak buat selalu pun tak ada masalah. Boleh dijadikan makanan santai kat rumah. Anda boleh je save resepi ni dulu. Andai kata ada kelapangan boleh try resepi ni.
RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE
Hidangan ni kalau hidangan untuk anak-anak pasti mereka suka. Kalau nak roti canai telur pun boleh. Lagilah bertambah sedap. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1/2 kg tepung gandum
- 1 sudu besar gula
- Marjerin sikit
- 1 sudu kecik garam
- Air suam secukupnye
- Minyak untuk sapu bila jadi doh
- 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN CANAI HOMEMADE :
▶️ Masukkan tepung, gula, garam marjerin dan telur dalam bekas. gaul rata, pastu masukkan air sikit2 ye, jangan masuk banyak terus takut doh lembik.
▶️ Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Uli pakai tangan dekat 20 minit biar nampak licin.
▶️ Bila dah licin sapu minyak. Lepas tu bulatkan kecik-kecik mengikut citarasa masing-masing nak roti tu besar or kecik.
▶️ Dah siap simpan dalam bekas yang diletak minyak semalaman. Tapi jangan letak dalam peti pula.
▶️ Lepas semalam. Kalau nak goreng canai atas tempat rata.
▶️ Nanti siap untuk digoreng.
BACA JUGA: Resepi Rendang Ikan Berkuah Yang Super Marvelous. Hidangan Yang Simple Tapi Sedap!
Tada! Memang puas hati kalau dapatkan buat roti canai sendiri ni kan. Juga boleh buat banyak-banyak dan dijadikan stock. Simpan buat frozen. Bila nak makan tinggal goreng. Dikatakan ianya mampu bertahan sampai 3 bulan kalau disimpan dekat bahagian chiller pun boleh tahan sampai seminggu.
Tak ada lah banyak masa nak menguli je. Uli sekali je, lepas tu simpan. Kalau ada lebihan kuah kari, kuah gulai boleh je cicah dengan roti canai ni. Sedap sangat. Yang baru nak belajar boleh je follow resepi ni. Mudah dan simple je cara penyediaannya.
Amat rugilah kalau anda tak mencubanya. Mujur ada perkongsian ni. Dan lama teringin nak buat roti canai sendiri. Dapat buat sekali memang puas hati mereka makan. Semoga dengan perkongsian resepi roti canai homemade ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba!