Resepi Kek Gula Hangus @ Sarang Semut Masak Guna Rice Cooker je. Hasilnya Sangat Sedap Elok Menjadi!
Kek gula hangus ataupun nama lain ialah kek sarang semut ini rupakan salah satu kek yang sangat popular dan sangat digemari ramai. Resepi kek gula hangus ini @ sarang semut sangat simple penyediaan kerana boleh gunakan rice cooker sahaja, tetapi hasilnya tidak mengecewakan dan sangat sedap.
Kek gula hangus @ sarang semut ini antara kek yang dicari menjelang musim perayaan ataupun majlis-majlis kenduri kerana rasanya yang unik. Hidangan ini sangat simple yang tidak menggunakan bahan yang susah. Kesedapan yang tersediri pada kek ini menyebabkan kek ini menjadi salah satu kek yang disukai.
Menu ini dinamaakan sedemikian kerana rupa yang berlubang-lubang halus seperti dalam sarang semut. Lebih best lagi resepi ini dimasak tidak menggunakan penggukus ataupun oven. Jika anda tiada mempunyai oven jangan risau boleh dimasak mengunakan rice cooker. Wah, mudahkan!
Kek ini nampak sangat sedap dan gebu. Malah resepi kak sarang semut ini juga tak perlukan anda untuk perap adunan. Memamg elok bersarang. Yang penting kena follow resepi ini dengan betul. Yang mana suka kek ini boleh cuba resepi yang mudah ini.
Pengkongian resepi ini dikongsi dilaman facebook En Azizi Rais. Terima kasih kerana berkongsi resepi kek gula hagus @ sarang semua ini. Bila ada masa terluang boleh bolehlah buat kek ini untuk dihidangkan pada keluarga anda pasti anak-anak akan suka.
RESEPI KEK GULA HANGUS @ SARANG SEMUT MASAK
Kek ini menjadi antara kek disukai oleh semua orang. Jika anda sudah mahir dalam membuat kek, boleh lah dipasarkan pula. Tak kira secara online ataupun offline. Kek ini juga sesuai untuk dihidang untuk majlis-majlis tertentu. Mesti ramai yang akan open order. Tak rugi tau cuba resepi ini!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1 cawan tepung gandum
- 125gm mentega
- 4 biji telur gred B
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 sudu makan baking soda @ soda bikarbonat
CARA PENYEDIAAN KEK GULA HANGUS @ SARANG SEMUT MASAK :
▶️ Panaskan gula guna api sederhana sehingga hangus.
▶️ Bila gula nampak keperangan tuangkan air panas sedikit demi sedikit hingga habis.
▶️ Perlahankan api dan kacau sampai gula hangus dan air sebati.
▶️ Masukkan mentega kacau dan biarkan seketika.
▶️ Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kacau sebati dengan susu pekat.
▶️ Masukkan tepung gandum dan baking soda. Kacau sekali lagi sehingga sekata.
▶️ Tuangkan gula hangus ketika masih suam ke dalam adunan sambil dikacau.
▶️ Sapu periuk nasi dengan mentega @ minyak kemudian tuang adunan ke dalamnya. Tutup periuk dan tekan butang memasak.
▶️ Kek akan masak sendirinya selepas butang masak dah tendang naik. Untuk pastikan kek sudah masak ambik pisau dan cucuk kek. Jika perlu tambah masa tekan kembali butang masak tadi.
▶️ Keluarkan kek dan biarkan seketika.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA : Resepi Udang Buttermilk Cheese Yang Terlajak Sedap. Peminat Buttermilik Cheese Wajid Cuba Resepi Ini Memang Padu!
Siap untuk dihidang! Nampak cantik bentuk sarang semut terhasil. Tak susah pun, hanya mengunakan bahan-bahan yang ada dirumah sahaja. Tetapi hasilkan sangat menarik, pasti anda seronakkan bila kek yang dihasilkan menjadi dan disukai oleh anak-anak.
Kek gula hagus @ sarang semut ini juag boleh dihidang untuk minum petang bersama keluarga, hidangan bersama teh 0 suam, pastu mambangkitkan selera anda lagi. Jika buat sendri dirumah anda boleh ubah kemanisan kek tersebut mengikut citarasa anda.
Lepas ini, nak makan ke tidak perlu beli dah, boleh buat secara homemade dirumah. Buat dengan anak-anak pasti mereka suka. Semoga resepi kek gula hagus@ sarang semut ini menjadi inspirasi untuk anda untuk mencuba dan boleh kongikan jika ia memberi manfaat. Selamt mencuba!