Resepi Ayam Masak Kicap Yang Sedap, Pekat Dan Aroma Sangat Wangi. Pasti Bertambah Nasi Dibuatnya!
Kalau tengok masakan kicap ni nampak simple je kan? Tapi kalau ubah atau pelbagaikan lagi bahan, rasa dia boleh terus bertukar dan lebih sedap lagi. Resepi ayam masak kicap style ala 3 budak gemok antara masakan kicap paling sedap, pekat dan ada aromanya yang tersendiri.
Kalau gaul dengan nasi putih memang cukup sedap. Bukan anak-anak je suka. Orang dewasa pun makan sampai bertambah. Yang buatkan kena dekat tekak tu disebabkan oleh haruman rempah yang pelbagai. Biasanya kalau masak kicap ni jarang orang letak rempah sup kan dan daun kari. Aroma daun kari tu lagi membangkitkan lagi selera makan.
Selalunya ayam masak kicap ni orang buat berkuah, atau pun kuah sedikit pekat dan likat. Tapi bila dan muak, anda boleh je cuba pula buat versi kering dan pedas macam ni untuk santapan keluarga. Hidangkan lauk ni pun dah cukup. Dah tak pandang lauk lain dah.
Resepi ayam kicap ni dikongsikan dilaman facebook Cik Puan Naura Alexander Mikhail antara yang paling simple dan mudah untuk dibuat. Tak perlu bahan-bahan renyah yang pelbagai pun. Cukup sekadar gunakan apa bahan yang ada didapur sahaja.
Kadang-kdang lauk simple macam ni lagi sedap buat hidangan makan tengahari atau makan makan. Silap-silap boleh sampai bertambah-tambah nasi dibuatnya. Anda boleh je follow resepi yang dikongsikan ini untuk hidangan simple untuk keluarga anda nanti.
RESEPI AYAM MASAK KICAP
Kalau nak tukar ayam kepada ikan pun boleh je. Cara penyediaannya pun sama. Rasanya pasti anda puas hati. Confirm bertambah nasi dibuatnya. Anda pun pasti tak sabar nak mencubanya. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air)
- Garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
- 3 inci halia (tumbuk)
- 2 labu bawang besar(diblend)
- 6 ulas bawang putih (diblend)
- 1 inci halia (diblend)
- 2 sudu rempah kari ayam daging
- 1 sup bunjut
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap pekat
- 4 sudu kicap manis
- 2 asam keping
- 1 sudu besar serbuk pati ayam
- Daun kari
- Air secukupnya
- Minyak untuk mengoreng
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KICAP :
▶️ Gaul ayam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng hingga garing.
▶️ Buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Panaskan minyak semula. Kisar bawang-bawang, dan halia dengan sedikit air.
▶️ Masukkan daun kari dalam minyak yang panas tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing.
▶️ Masukkan sup bunjut & serbuk kari. Kacau hingga garing. Tambah air dan asam keping.
▶️ Masukkan sos tiram, kiub pati ayam dan semua kicap. Kacau sampai mendidih. Masukkan ayam goreng dan kacau sampai semua masak sebati.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Kuih Bom Bijan Pandan Yang Simple Dan Mudah. Rasanya Pun Sedap Anda Wajib Try!
Tada dah siap! Bau kuah kicap ni dia punya sedap memang tak boleh bawa bincang. Hidangkan pula dengan nasi panas-panas, memang tak tengok menu lain dah. Ada ayam kicap ni pundah ok. Berselera anak-anak dan suami makan nanti. Anda wajib try tau!
Masak ayam kicap nie, kalau nak letak ubi kentang pun boleh. Sedap sangat bila masak kentang sampai empuk pastu makan bersama nasi. Kalau nak tumis la kubis dan ikan masim punboleh. Hidangkan bersama. Lengkapkah hidangan makan tengah hari anda.
Menu yang paling simple tapi sedap dan menyelerakan. Rugi kalau anda tak mencubanya. Boleh je follow step by step resepi yang diajar. Semoga resepi ayam masak kicap yang dikongsikan ini memberi anda manfaat dan share juga resepi ni pada kawan-kawan supaya sama sama mendapat manfaat. Selamat mencuba!