Resepi Kuih Talam Labu Sedap. Hidangan Minum Petang Yang Mudah. Lemak Manis Disukai Ramai!

0 7,414

Kalau pergi ke kedai yang menjual kuih, boleh tengok pelbagai jenis kuih talam yang ada. Semua ini divariasikan dari satu resepi dan menjadi bermacam-macam perasa. Kuih Talam labu merupakan salah satu dari variasi kuih talam yang ada.

Kuih talam labu sangat sedap, kerana rasanya yang pekat lemak santan dan rasa dari manis labu itu sendiri. Kuih talam labu biasanya mempunyai dua warna iaitu putih dan kuning.

Tak susah untuk ibu-ibu mencuba sendiri dirumah kuih talam labu ni, jika ada baki labu yang masih elok bolehlah rebus dan jadikan kuih talam. Jom cuba resepi dari perkongsian Ainur Aziana sangat mudah untuk ibu-ibu mencuba.

Kenapa namanya kuih talam? Mungkin sebab dibuat didalam talam, dan baru dipotong mengikut saiz yang kita nak. Kuih talam sesuai untuk dimakan pada waktu sarapan dan juga untuk minum petang sebagai pencuci mulut.

Siapa yang tidak pernah rasa kuih talam memang rugi, rasa lemak manisnya pasti makan sepotong pun tak cukup. 

 

RESEPI KUIH TALAM LABU

Bagi mendapatkan hasil kuih talam yang sempurna, resepinya tak boleh main agak-agak. Kalau tak kena sukatan nanti kejadiannya tidak cantik. Kuih talam boleh jadi lembik, merekah dan melekit.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 cwn labu lecek
  • 2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 3/4 cwn gula
  • Secubit garam
  • 4 cwn santan

 

CARA-CARA PENYEDIAAN TALAM LABU:

▶️ Satukan keseemua tepung + gula + garam didalam bekas & masukkan santan. Kacau sampai sebati

▶️ Selepas itu, bahagikan kepada 2 adunan

▶️ 1 adunan masukkan labu lecek, kacau sebati

▶️ 1 adunan lagi ditambah lagi garam, agak ada rasa masin

▶️ Kemudian, panaskan kukusan & panaskan loyang juga

▶️ Pastikan loyang dah panas, masukkan adunan putih dan kukus 20 minit

▶️ Akhir sekali masukkan pula adunan labu, kukus lagi 30-40 minit. Siap.!

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Perigi Coklat, Yang Pasti Ranggup Dan Sedap!

 

Nampak begitu cantik kejadian kuih talam labu ni, dengan warna putih dan kuning yang memukau dah tahu tahap kesedapannya macam mana.

Kuih talam boleh juga kalau ibu-ibu nak masak dalam bekas yang kecil seperti acuan lompang. Tapi agak renyah sedikit Cuma hasilnya akan cantik dan mudah untuk dimakan dengan saiz yang comel je.

Resepi kuih talam labu amat mudah untuk ibu-ibu cuba dirumah. Cuma memerlukan sukatan yang betul untuk mendapatkan kuih talam labu yang cantik kejadiannya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.