Resepi Puding Milo Marble Sedap, Pencuci Mulut Yang Lemak Manis Dan Menyegarkan!

0 5,171

Kat rumah ada lebihan roti yang dah nak expire, tak mahu membazir boleh tukarkan roti kepada Puding Milo Marble. Roti kalau guna buat puding memang sedap betul, puding akan lebih lemak dan lembut.

Dalam banyak-banyak puding, puding ini paling senang dibuat dan sangat sedap dimakan. Walaupun guna roti, tapi masih perlu menggunakan serbuk agar-agar untuk keraskan puding.

Agar-agar merupakan serbuk gelatin yang boleh menukarkan cecair kepada pepejal yang lembut. Tidak kira yang serbuk atau yang bertali fungsinya sama sahaja, cuma mengikut keselesaan masing-masing mudah guna yang mana.

Semua tahu milo sangat sedap bila dibuat air, kadang-kadang boleh merantah macam itu sahaja pun dah sedap. Rasa coklatnya sangat pekat dan manis, lain rasanya dari serbuk koko yang rasanya lebih pahit.

Puding merupakan pencuci mulut yang boleh menjadi snek kegemaran semua, bila makan ketika puding masih sejuk memang sedap dan menyegarkan. Resepi puding  milo marble ini telah dikongsi oleh Kak Long Azzu Riana.

 

RESEPI PUDING MILO MARBLE

Resepi ini ada yang panggil puding roti atau ada juga yang panggil puding marble, kerana corak yang dibuat seperti bentuk marble. Corak pada puding boleh ditukar mengikut kreativiti masing-masing.

photo6222160907908263709.jpg (960×720)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Agar-agar tali 25g
  • Air 4 cawan
  • Gula 1/4 cawan ( nk manis boleh tambah )
  • Telur 2 biji
  • Susu sejat 1 tin
  • Susu pekat manis 1 cawan
  • Roti 5 keping di buang kulit tepinya
  • 1 penutup esen vanilla
  • Marjerin 2 sudu besar ( optional )
  • Milo 4 sudu besar

 

CARA-CARA PENYEDIAAN PUDING MILO MARBLE

▶️ Masak agar-agar dengan air sampai agar-agar larut sepenuhnya. Kemudian masukan gula. Kacau sehingga larut.

▶️ Blend roti, esen vanilla, telur, susu sejat dan susu pekat manis sampai sebati dan hancur.

▶️ Selepas itu, masukan semua bahan yang di blend tadi ke dalam periuk agar-agar dan kacau.

▶️ Masukan marjerin dan kacau smpai mendidih lagi sekali dan matikan api.

photo6222160907908263706.jpg (720×960)

▶️ Kemudian, bahagikan adunan kepada dua bekas. 1 bekas masukan milo yang dah dibancuh dengan setengah cawan air panas dan kacau sebati. Manakala 1 bekas lagi adunan yang tidak berwarna.

▶️ Boleh mula masukkan selang selikan adunan kedalam bekas dengan menggunakan sukatan yang sama. Dah siap sejukan dalam peti sejuk.

photo6222160907908263708.jpg (720×960)

 

BACA JUGA : Cara Buat Roti Sosej Yang Disukai Ramai, Roti Yang Lembut Dan Gebus Sangat Sedap Bila Dimakan!

 

Puding yang baru dikeluarkan dari peti ais yang masih sejuk memang sedap dimakan. Pencuci mulut yang paling menyegarkan, enak dihidangkan ketika majlis-majlis keramaian dan untuk minum petang.

927376464261718181919.jpg (1200×800)

Puding marble ni sedap juga kalau dimakan dengan sos kastard. Tuang sedikit sos kastard pada potongan puding marble dan nikmati keenakan setiap suapan. Puding yang dimakan dengan sos kastard perlu dibuat kurangkan manis sedikit, sebab sos kastard sudah manis.

Dalam banyak-banyak pencuci mulut, inilah salah satu pencuci mulut yang mudah untuk disediakan. Bahan-bahan hanya diblend semua tetap dapat hasil yang sedap. Resepi puding milo marble ini ibu-ibu boleh mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.