Resepi Sotong Bakar Berempah Memang Padu Habis. Sangat Juicy Dan Sedap Pasti Anda Suka!
Setiap kali tengok sotong bakar berempah, mesti meleleh-leleh terliur. Nak beli dah siap mesti tahu mahal. Apa kata kita cuba resepi sotong bakar berempah boleh je buat dirumah. Sotong yang besar dan fresh boleh dibeli dipasar dan harganya pun boleh tahan.
Tidak dinafikan juga, kalau masak sendiri lebih menjimatkan berbanding jika dibeli siap. Maklumatlah kalau makan sotong saiz besarkan, pasti harganya tentu besar. Resepi ni mengunakan gabungan 3 pes iaitu asam pedas, pes ikan bakar dan pes rendang yang menjadikan sotong bakar ini super sedap. Hasilnya sangat meletop!
Kalau makan sotong bakar mesti dihidangkan sos pedas thai kan. Barulah dikata ngam sotong bakar cicah dengan sos pedas. Tapi kalau ikut resepi yang dikongikan sotong dibakar berempah ni, kalau makan begitu pun dan sedap. cukup rasa ramuan rempahnya. Jadi tak perlu sediakan sos pedas pun takpe.
Selain sotong boleh juga digantikan dengan udang, ikan, ayam ataupun daging. Rasanya pasti sedap, jika menggunakan ramuan ataupun bahan yang sama. Resepi ini boleh juga dihidang pada bila masa samada untuk masakan tengahari ataupun malam. Confirm anak-anak akan suka.
Sotong bakar kalau dipanggang mengunakan arang memang rasanya sangat sedap. Aroma rempah memang sangat wangi dan dapat membangkitan selera makan. Bahan penyediaan sotong bakar berempah pun tidak renyah. Jom follow resepi yang dikongsi oleh cik puan Afy AL Habibi. Pasti puas hati!
RESEPI SOTONG BAKAR BEREMPAH
Khas yang suka makan sotong boleh cuba resepi sotong bakar berempah ni, menu sangat sihat dan sesuai untuk yang sedang diet. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan sotong bakar ini. Tak perlu makan kat kedai, buat kat rumah lagi sedap.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Sotong
- 2 inci kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- Secubit belacan
- 4 tangkai cili padi merah dan hijau
- 1/2 sudu besar gula perang
- 1/2 sudu besar pes ayam pedas
- 1/2 sudu besar pes ikan bakar
- 1/2 sudu besar pes rendang
CARA PENYEDIAAN SOTONG BAKAR BEREMPAH :
▶️ Tumbuk kunyit, bawang, cili dan belacan dan kacau sebati dengan pes tadi.
▶️ Kemudian lumur keatas sotong.
▶️ Panaskan pan dengan sedikit minyak. Lapik daun pisang. Bakar sotong sehingga masak. Sebelum diangkat, boleh sapu sekali lagi pes di badannya.
▶️ Sotong bakar Berempah siap!
BACA JUGA: Resepi Kuih Tako Kelongsong Pandan. Hidangan Yang Sangat Mudah Dan Pastinya Sedap!
Tengok pada gambar pun boleh buat kita terliur sebenarnya. Masak sotong bakar berempah adalah menu yang paling sedap dan cara penyediaan yang sangat mudah. Untuk menu ini makan dengan nasi putih pun sedap. Namun kalau ada cikit ulam kampung dan air asam lagi membuka selera.
Menu sotong bakar berempah selain dipanggang menggunakan api arang, ia juga boleh dimasak menggunakan pan sahaja. Panaskan pan dengan sedikit minyak. Lapik daun pisang. Bau aroma dari daun pisang pun dah cukup wangi. Kalau nak senang makan boleh siap-siap potong, tapi lagi best hidang seekor camtu. Baru lah fell ala kedai makan.
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi sotong bakar berempah ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba sotong bakar berempah yang sangat padu ini. Selamat mencuba!