Resepi Mee Goreng Basah Tauhu Hancur. Sedap Dimakan Ketika Masih Panas, Rasanya Padu Sekali!

0 2,454

Mee goreng ialah satu hidangan yang sering dimakan tidak kira sebagai sarapan pagi, minum petang atau hidangan makan malam. Resepi Mee Goreng Basah Tauhu Hancur ini memang sedap, boleh mengantikan telur kepada siapa yang alergik dengan telur.

Hidangan ini menggunakan mee kuning, mudah didapati dikedai-kedai bahan basah dan di pasar-pasar tani. Banyak kegunaan mee kuning ini, bukan sahaja untuk digoreng tetapi boleh dimakan dengan kari dan sup juga.

Perasan tak bila makan mee kuning pasti akan rasa pahit, kadang-kadang kanak-kanak tidak suka makan mee kuning disebabkan rasanya yang pahit. Itu disebabkan ada campuran pengawet dan air kapur didalamnya.

Mee kuning boleh dibuat sendiri dengan menggunakan empat bahan sahaja seperti tepung gandum, telur, garam dan serbut kunyit, diuli sehingga menjadi doh. Jika buat sendiri lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan pengawet dan air kapur.

Mee yang siap diuli boleh terus direbus untuk mengeluarkan kanji, dan boleh terus digoreng. Bukan itu sahaja, resepi mee ini juga boleh diletakan pati sayur akan jadi lebih sihat. Resepi mee goreng basah ini telah dikongsi oleh Nurul Ateekah.

 

RESEPI MEE GORENG BASAH TAUHU HANCUR

Biasanya tauhu bila dibeli sering dibiar sahaja dalam peti sejuk, kadang-kadang tidak tahu nak masak hidangan apa dengannya. Disebabkan tauhu rasanya tawar jadi kurang ada pengemarnya. Cara ini sahaja boleh menyelamatkan tauhu daripada membazir.

photo6280581353716165508.jpg (750×750)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 500gram mee kuning
  • Udang saiz sederhana 15 ekor
  • Sotong 2 ekor saiz besar
  • Taugeh
  • Sawi
  • Tauhu atau Taukua (1 ketul besar dihancurkan)
  • Tomato 1 biji (dibelah 6)
  • Kicap Manis 7 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Sos tomato 1 sudu besar
  • Minyak masak
  • Serbuk perisa knorr(jika perlu)
  • Bahan dikisar
  • Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili kering 5 batang (Di rendam air panas dan toskan)
  • Ikan bilis (1 sudu besar)

photo6280581353716165514.jpg (750×1000)

CARA-CARA PENYEDIAAN MEE GORENG BASAH TAUHU HANCUR

▶️ Mula-mula panaskan minyak masak secukupnya.

photo6280581353716165513.jpg (750×750)

▶️ Tumis bahan yang telah dikisar sehingga kering dan pecah minyak.

photo6280581353716165512.jpg (750×750)

▶️ Kemudian masukkan sotong dan udang, masak seketika.

photo6280581353716165511.jpg (750×750)

▶️ Selepas itu, masukkan, kicap manis, sos cili, sos tiram, sos tomato dan tauhu yang telah dihancurkan.

photo6280581353716165509.jpg (750×750)

▶️ Akhir sekali, masukkan mee, taugeh, sawi dan tomato. Kacau sebati dan masukkan secukup rasa.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Pari Bakar Sambal Marvellous. Rasa Sambalnya Yang Padu, Resepi Yang Perlu Dicuba!

 

Hidangan mee goreng merupakan penyelamat, apabila sudah bosan dengan makanan yang berlauk. Makan seperti ini sekali sekala pun sedap sangat tambah-tambah makan ketika masih panas lagi.

2763636373.jpg (1200×800)

Mee goreng basah, pantang larang dia kena makan terus selepas digoreng. Tidak boleh disimpan, nanti mee akan kembang dan menyerap kuah yang ada sudah tak menjadi mee goreng basah lagi.

Apabila siap, tabur pula dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Tapi jangan lupa pula perahkan sedikit limau ketika nak makan, akan lebih padu bila ada rasa masam-masam sedikit. Jangan lupa cuba resepi mee goreng basah tauhu hancur ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.