Resepi Pengat Pisang Yang Super Delicious. Cuba Sekali Pasti Nak Lagi!

0 1,313

Resepi pengat pisang yang menggunakan pisang nipah sebagai pencuci mulut. Pisang nipah juga dikenali sebagai pisang abu. Rasanya sedap, lemak masin secukup rasa dan diimbangi pula dengan rasa manis dari pisang nipah. Boleh juga gunakan pisang lain seperti pisang nangka, pisang tanduk ataupun pisang raja untuk jadikan pengat.

Di belah pantai timur hidangan pengat pisang ini merupakan makan kesukaan ramai dan sering disajikan pada majlis-majis keramaian. Menu ini juga sangat popular pada bulan puasa. Ramai orang mencari pengat pisang sebagai pencuci mulut.

Cara nak buat amatlah mudah sekali, cuma jika gunakan santan segar rasanya lebih sedap berbanding santan kotak. Tips nak buat menu ni, pisang yang dipotong haruslah direndam seketika dengan air kapur supaya isinya kenyal dan tidak hancur bila dimasak pengat.

Resepi pengat pisang yang sangat sedap ini, dikongsikan oleh Cik Puan Shila Rahman dan menu ini juga merupakan jualan beliau sepanjang PKP ini. Baiknya hati sebab sudi kongikan resepi yang menjadi sumber rezeki beliau. Semakin banyak kite berkongsi, semakin banyak rezeki kita dapat.

Selain dibuat pengat, pisang nipah juga sedap di goreng. Rasanya yang manis, truktur buahnya lembut dan tidak menyerap minyak apabila ddigoreng. Pisang nipah goreng biasanya akan dimakan panas-panas bersama sambal kicap padu.

 

RESEPI PENGAT PISANG 

Hidangan pengat pisang ini juga boleh boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. Pasti anak-anak pun akan suka. Tanpa membuang masa lagi apa kata kite tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan pengat pisang nipah ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Pisang nipah
  • Daun pandan
  • Gula melaka/gula kabung
  • Sagu
  • Gula putih
  • Garam
  • Santan

CARA PENYEDIAAN PENGAT PISANG :

▶️ Jerang air ikut keperluan pisang.

▶️ Potong pisang nak serong ataupun memanjang. Terpulang pada cita rasa masing-masing.

▶️ Ambik sebanyak mana yang perlu biji sagu. Kemudian curah air panas dan rendan 2 hingga 3 minit. Lepastu jirus semula air sejuk hingga betul betul sejuk. Tujuan nya nak buang separuh daripada kanji yang ada dalam sagu.

▶️ Bila air dah didih masukkan pisang dan biji sagu tersebut.

▶️ Dan nampak pisang mula layu dan sagu cantik takde dah butir butir putih. Boleh lah masukkan gula melaka atau gula kabung.

▶️ Kalau kurang manis boleh tambahkan gula putih dan daun pandan. Bau aroma daun pandan memang membangkitkan selera.

▶️ Perasakan dengan garam, kemudian masukkan santan. Masak seketika.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ketam Masak Sambal Telur Pecah Yang Sangat Awesome. Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!

 

Waah! Dah siap, menu yang sangat simple tapi rasanya sangat sedap. Pisang nipah kalau masak di atas pokok memang isi nya lebih manis berbanding pisang yang diperam. Namun nak buat pengat ini, pisang tidak terlalu masak. Gunakan yang sedang-sedang sahaja.

Resepi ini juga ada letak biji sagu. Siapa suka makan pengat ataupun bubur letak biji sagu? rasanya sedap jika dimasukkan sagu bila makan tergigit sagu, lembut je dimulut. Pengat pisang nipah sangat sedap dimakan suam-suam panas. Namun ada juga yang letak ais dalam pengat ala-ala cendol gitu. Tapi ia terpulang pada cita rasa anda.

Anda boleh simpan dulu resepi di wall facebook, jika ada kelapangan boleh buat nanti. Dan boleh juga share resepi ini pada kawan-kawan supaya sama-sama dapat berkongsi rezeki. Semoga dengan perkongsian resepi pengat pisang ini memberi anda manfaat dan insprasi untuk mempelbagai menu masakan anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.