Resepi Ketam Masak Sambal Telur Pecah Yang Sangat Awesome. Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!

0 1,493

Hari ni tak tahu nak apa? Apa kata follow je resepi ketam masak sambal telur pecah. Resepi yang sangat marvelous. Anda juga wajib menggunakan ketam yang fresh untuk mendapatkan masakan yang lebih sedap. Menu ini boleh dijadikan menu istimewa anda bersama keluarga.

Hidangan ketam sambal ini, boleh dapati dimana-mana restoran yang menjual masakan laut. Harga juga bergantung kepada saiz dan kuantiti ketam tersebut. Menu ini menjadi makan kesukaan orang ramai. Rasa manis isi ketam yang disalut telur memang membangkitkan lagi selera makan.

Cara penyedian masak ketam sambal ini juga mudah, campak-campak je dah siap. Namun sebelum dimasak, kena cuci bersih ketam dulu tau, buang insang yang lembut seperti plastik di kiri dan kanan badan ketam dan cuci segala kotoran, dan lendir yang melekat dibahagian tengah ketam itu.

Resepi ketam masak sambal telur ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Follow je step by step resepi yang beliau kongsikan untuk memudahkan anda menyediakan secara homemade.

Hidangan ketam masak sambal telur pecah ini, boleh jugak dipelbagaikan dengan lauk lain seperti udang, ayam, lala sotong dan macam-macam lagi, mengikut cita rasa anda. Hidangan yang simple ini boleh dijadikan menu tenghari ataupun menu makan malam anda bersama keluarga.

 

RESEPI KETAM MASAK SAMBAL TELUR PECAH

Menu ini kalau dihidangakan dengan nasi putih pun dah cukup. Tak perlu ada lauk lain dah. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan resepi ketam masak sambal telur pecah ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 2 kilo ketam (dicuci bersih)
  • 10 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar(potong dadu)
  • 2 cm halia(dicincang)
  • 7-9 sudu besar cili kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai
  • 1 biji tomato(dipotong dadu)
  • 4 biji telur ayam
  • 2 sudu besar cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil serbuk belacan(jika suka)
  • Daun bawang(jika suka)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak
  • 1 cawan air
  • 1 kiub ayam

CARA PENYEDIAAN KETAM MASAK SAMBAL TELUR PECAH :

▶️ Pertama, panaskan minyak dan masukkan serai, bawang putih dan bawang besar, biarkan aromanya naik dulu dan masak sampai sedikit keperangan.

▶️ Kemudian, masukkan halia dan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.

▶️ Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub ayam, tomato dan biarkan ianya masak seketika.

▶️ Masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gaul rata. Selepas itu masukkan ketam dan 1 cawan air.

▶️ Apabila sudah masak, masukkan telur dan pecahkan didalam kuali, dan gual rata sehingga telur masak.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Daging Masak Hitam Ala Lauk Kenduri. Sangat Simple Dan Serius Sedap!

 

Tada! Siap untuk dihidang! Dalam resepi ini ada menggunakan belacan. Tapi kalau anda tak nak letak pun boleh terpulang cita rasa anda. Tapi kebanyak orang suka letakkan belacan dalam masakan. Aroma dan rasa belacan itu menyedapkan lagi masakan anda.

Resepi yang sangat sedap dimakan dengan nasi putih. Anak-anak pun confirm suka. Kalau makan ketam ni tak sah kalau tak comot. Itu dah jadi perkata biasa. Kalau dapat ketam betina isinya lebih banyak berbanding ketam jantan. Jadi kena pakai pilih lah.

Resepi yang mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Dan kepada pengemar masakan berasas ketam boleh cuba resepi ini dirumah. Ikut sahaja step-step resepi yang dikongsi. Semoga resepi ketam masak sambal telur pecah ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.