Resepi Kuih Bata Buruk @ Bantal Buruk Yang Unik Dan Sedap. Setiap Suapan Memang Terasa Isi Ikannya!

0 887

Mesti ramai yang tak tahu apa itu kuih bata buruk @ bantal buruk kan? Kuih ni merupakan kuih tradisi oleh Terangganu dan Kelantan. Tapi mungkin tak ramai generasi sekarang yang pandai buat kuih bata buruk ni. Jadi apa kata hari ni kita cuba resepi kuih bata buruk @ bantal buruk ni. Kuih ni memang sedap dimakan dengan kuah santan yang pekat dan terasa lemak manis isi ikannya.

Kuih bata buruk ni mempunyai inti yang terdiri daripada santan, bawang merah, halia, halba, garam, labu air dan yang menjadi kesukaan orang Terangganu mestilah ada isi ikan juga. Semua bahan dicampur sekaligus dan dimasak sehingga kering.  Rasanya sangat padu bila dimakan dekat kuih bata ni.

Selain tu kuih bata buruk @ batal buruk bila dimakan dengan kuah memang sungguh ngam. Kuah yang berlemak manis memang cukup rasa. Kaedah nak buat kuih bata buruk ni juga simple hanya memerlukn santan, bawang merah, tepung beras, halia dan paling penting mesti ada halba.

Bukan tu je, kulit bata buruk ni pun mudah je nak buat. Kaedah penyediaannya hampir sama dengan penyediaan kuih ketayap atau dipanggil batang buruk. Walaupun kuih ni memang susah nak didapati kedai. Anda yang teringin nak cuba boleh follow resepi yang simple ni step by step pasti menjadi dan hasilnya mesti anda akan puas hati.

Jom ikut perkongsian resepi dari seorang pengguna facebook iaitu Encik Muliadi Ramli. Terima kasih diucapkan pada beliau kerana sudi berkongsi kuih tradisi dari pelbagai negeri. Bagi yang generasi mudah harus mencuba resepi-resepi yang unik ni. Cara penyediaan yang cukup simple dan yang paling penting rasanya yang unik dan sangat sedap.

 

RESEPI BATA BURUK @ BATAL BURUK

Hidangkan ini boleh dihidangkan untuk menu santai-santai bersama keluarga. Lagi syok bila dhidangkan bersama kopi panas-panas. Rasa pun sedap dan nak buat pun mudah. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata anda tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi bata buruk ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
Bahan inti :
  • Ekor ikan Selayang
  • 1/2 kotak santan
  • 2 biji bawang merah (dimayang nipis)
  • 2 biji bawang putih (dimayang nipis)
  • 1/2 inci halia (dimayang nipis)
  • 1/2 Sudu lada hitan (ditumbuk)
  • Labu air (disagat dan diperah baung airnya)
  • Suhun dan perasa

 

Bahan kulit  :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 2 sudu minyak
  • 1 kotak santan
  • Garam secukup rasa

Bahan kuah : 
  • 1 kotak santan
  • 2 biji bawang merah (dimayang)
  • Halia (dimayang)
  • 1/2 sudu halba
  • 2 sudu tepung beras

CARA PENYEDIAAN BATA BURUK @ BATAL BURUK : 

▶️ Mula-mula cara buat inti. Ikan di rebus bersama sedikit garam dan asam keping. Diambil isi dan ditumbuk.

▶️ Masukkan santan dan sedikit air rebusan ikan, bawang dan halia. Bila pekat sikit masukkan isi ikan dan lada hitam

▶️ Bila hampir kering masukkan labu air, suhun dan garam serta perasa. Ketepikan.

▶️ Step kedua, untuk kulitnya boleh gunakan kuali non stick dan api yang kecil. Masukkan dalam kuali dan bentukkan bulat atau bujur. Ikut mana senang nak digulung.

▶️ Step ketiga, masukkan santan masak sampai mendidih, kemudian masukkan bawang dan halia, halba dan tepung beras. Ketepikan.

▶️ Akhir sekali, ambil kulit yang dibentuk tadi. Letakkan intinya kemudian digulung.

▶️ Letak kuih bantal buruk dalam pinggan dan siram dengan kuahnya. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Daging Rebus Air Asam Sedap Dan Padu. Rasa Masam, Manis Pedas Memang Membangkitkan Selera!

 

Tada dah siap! Tengok gambar pun dah terliur. Kuih ni memang sedap bila dimakan masa suam-suam. Bila digigit terasa isi dan halba memang syok untuk dinikmati. Kalau buat kat rumah nanti boleh la buat lebih cikit. Boleh bagi pada jiran untuk cuba kuih bata buruk yang anda buat tu.

Kalau datang dekat Terangganu jalan lupa beli kuah ni. Kuih tradisi memang susah nak dicari selain tengok resepi dan buat sendiri. Tapi kalau anda buat sendiri boleh adjust mengikut citarasa anda. Pasti anda tidak akan menyesal mencuba resepi yang dikongsikan ni.

Kalau anda nak cuba buat kuah ni, boleh je follow step by step resepi yang dikongsikan ni. Semoga resepi kuih bata buruk @ bantal buruk ni memberi anda manfaat. Anda juga boleh share resepi yang dikongsikan ni kepada kawan-kawan anda supaya sama-sama manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.