Resepi Biskut Sarang Semut Yang Sedap Dan Cair Dimulut. Hanya Mengunakan 3 Jenis Tepung Sahaja Dan Hasilnya Pasti Anda Teruja!

0 4,446

Bila PM umumkan boleh rentas negeri ramai yang ambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman. Dah macam musim perayaan dah. Apa kata sebelum pulang ke kampung tu bekalkan pada keluarga dikampung biskut sarang semut homemate. Pasti mereka suka! Selain dibawa pulang, biskut sarang semut sesuai juga dijadikan kudapan untuk anak-anak.

Orang kata renyah nak buat biskut ni sebab nak kena parut bagai tapi setiap biskut ada keunikan tersendiri. Biskut sarang semut ini dibuat dari tiga jenis tepung sahaja iaitu tepung gandung, tepung kastart dan tepung jagung. Hasilkan dapat biskut yang sedap dan cair dimulut.

Dalam penyediaan biskut sarang semut ini ada tip yang boleh anda gunakan. Untuk mengetahui sama ada doh tidak lembik atau keras. Doh berkenaan perlulah tidak melekat di tangan. Anda juga boleh menyimpan doh semalaman di dalam peti ais bagi menyenangkan doh diparut halus.

Bahan-bahan untuk membuat biskut ni tidak lah renyah dan cara untuk membuat doh biskut ni juga mudah. Boleh gunakan whisk atau senduk kayu sahaja untuk pukul adunan sebab adunannya tak perlu dipukul lama sampai terlalu kembang. Doh biskut ini perlu diparut untuk mendapatkan doh halus-halus seperti sarang semut.

Jika anda ingin mencuba, boleh follow resepi yang dikongsikan Cik Puan Novelis Affieyza Isahak  Boleh tengok step by step supaya lebih senang dan mudah untuk anda membuatnya nanti. Hidangan biskut ini juga boleh disajikan pada bila-bila masa, tidak kira musim perayaan atau sebagainya.

 

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT 

Biskut ni kalau nak sedap lagi gunakan mentega premium hasilnya akan lebih sedah dan lembut. Tanpa membuang masa lagi apa kata tengok bahan-bahan yang dperlukan yang digunakan dan bagaimana cara penyedian biskut sarang semut ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1 buku buttercup
  • 2 cawan tepung kastart*
  • 1 tepung jagung*
  • 1 ½ cawan tepung gandung*
  • 2 sudu esen vanilla
  • 1 cawan gula
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • Paper cup
  • Coklat rice / Coklat manik

CARA PENYEDIAAN BISKUT SARANG SEMUT :

▶️ Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.

▶️ Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.

▶️ Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.

▶️ Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice.

▶️ Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Pengat Pisang Yang Super Delicious. Cuba Sekali Pasti Nak Lagi!

 

Tada! Dah biskut sarang semut. Mudah kan? Untuk hiasanya pula, boleh gunakana coklat rice, gula manik atau sebagainya mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing. Kalau buat sendiri, rasaya lebih sedap sebab boleh sesuaikan bahan ikut selera sendiri dan ia juga lebih jimat.

Kalau ada kelapangan boleh cuba resepi ini. Biskut ini kalau bukan musim perayaan susah nak dapat dikedai. Lagipun kalau beli biskut ni sekarang harga pun boleh tahan juga. Resepi dah ada, apa lagi boleh cuba buat sendiri. Ajak anak-anak buat sekali pasti mereka suka.

Semoga pengkongsian cara menyediakan biksut sarang semut ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ini yang sangat awesome ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.