Resepi Kek Coklat Lava Moist Yang Super Gebu. Extra Ais Krim Vanilla Lagi Syok Dimakan!
Sebut je kek coklat antara kek yang amat diminati ramai. Kalau anda suka sangat dengan kek coklat ni, tak kira coklat jenis macam mana pun kan. Sama ada dikukus, dibakar atau jenis span, mahupun brownies coklat. Memang akan digilai. Resepi kali ni jom kita buat resepi kek coklat lava moist yang super gebu ni pula.
Cara penyediaan kek lava nie juga sangat simple. Dan rahsia kesedapan ialah bila aduanan coklat dimasak dahulu dan kemudian disabatikan dengan adunan tepung dan bahan lainya. Bila dibakar, akan terhasilnya kek yang lembut, padat dan juga gebu.
Sebenarnya, kek coklat lava memang terkenal untuk menu pencuci mulut di negara Barat. Tapi teknik dan caranya sedikit berbeza. Kek coklat lava ni hanya dibakar dengan suhu tertentu dalam masa yang singkat. Lebih kurang 12 minit dan hanya bakar dengan suhu 180’c jangan terlebih overcook pulak. Nanti tak dapat moist leleh didalam kek tu.
Kemudian terbalikkan kek yang telah dimasak atas pinggan semasa panas. Dan bila ianya dipotong kek coklat yang cair akan keluar. Memang nikmat dan sedap kek coklat lava dihidangkan semasa panas. Confirm satu dua biji memang tak cukup. Suami dan anak-anak pun laju je makan.
Kalau sebut kek coklat akan terbayang rasa kemanisannya. Namun kalau buat sendiri sudah tentu boleh adjust kuantiti gula atau susu pekat mengikut citrasa anda. Boleh buat manis-manis manja je. Tapi kalau nak senang boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Azizi Rais ni. Terima kasih diucapakan kerana sudi berkongsi resepi ni.
RESEPI KEK COKLAT LAVA MOIST
Kalau buat kek lava ni. Memang enak dimakan waktu panas-pans lepas dikukus. Nanti kalau dah masuk peti air coklat leleh didalam turut beku. Jadi tak keluar lah lava macam mana yang kita hendakkan. Sukatan dan bahan anda boleh je ikut step by step resepi dibawah ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 170 gm cooking coklat (potong kecil2)
- 115 gm butter
- 2 biji telur
- 2 biji kuning telur
- 30 gm tepung gandum
- 60 gm gula ( sy guna icing sugar )
CARA PENYEDIAAN KEK COKLAT LAVA MOIST :
▶️ Dalam mixing bowl, kacau telur dan gula gunakan wire whisk sampai gula larut. Kacau seadanya je ngan bagi kembang.
▶️ Cairkan cooking coklat bersama butter, kacau sebati. Boleh juga gunakan kaedah double boiler.
▶️ Campurkan coklat tadi ke dalam adunan telur gaul rata. Akhir sekali masukkan tepung, kacau sebati guna wire whisk dan pastikan tidak berketul.
▶️ Gunakan mangkuk remekin atau pun loyang/ acuan muffin. Sapukan butter dalam acuan tadi. Kemudian tuangkan 4/5 penuh.
▶️ Bakar pd suhu 180’c. Selama 12 mnt sahaja. Lava kek tadi akan kelihatan kecut sikit dari acuan. Bermaksud lava kek sudah siap dan masak. Slps keluar dari oven dan biarkan dlm 5 minit.
▶️ Untuk keluarkan dari loyang @ acuan tadi. lalukan pisau disekeliling untuk memudahkan lava cake tadi dikeluarkan. Terbalikkan ke atas plate. Ayakkan snow powder @ gula aising di atas lava cake tadi.
BACA JUGA: Resepi Overnight Oats Yang Sedap Dan Berkhasiat. Makan Sejuk-Sejuk Memang Syok!
Wah dah siap! Nampak dalam gambar cukup mengilurkan dah. Lava kek ni lagi sedap kalau dihidangkan bersama-sama dengan air krim vanilla. Ala- ala direstoran gitu. Hidangkan untuk anak-anak pasti mereka suka sangat. Tapi nak makan begitu sahaja pun boleh.
Kalau pakai loyang pastikan lalukan dengan pisau disekeliling untuk memudahkah lava kek ni dikeluarkan tapi kalau anda nak pakai acuan pun boleh gunakan acunan muffin kek. Senang nanti nak makan dan dihidangakan. Sajian yang istimewa ni sesuai dihidangan santai bersama keluarga.
Ada sestengah orang suka ada topping. Anda pun boleh buat topping mengikut kreativiti anda. Tak kira sama ada coklat lava ni ataupun apa sahaja anda suka sebagi penambah rasa kek anda. Semoga dengan perkongsian resepi kek lava ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!