Resepi Kari Ikan Masala Yang Pekat Sesedap Rasa. Makan Sekali Pasti Licin Sepinggan!

0 2,559

Kari ikan memang sedap dimakan, makan pula dengan nasi panas-panas memang berselera habis. Kali ini kami ingin kongsikan Resepi Kari Ikan Masala, apa yang berbeza dalam kari ini ialah campuran garam masala.

Kesedapan kari ialah terletak pada rempah karinya dan cara masaknya. Biasanya, rempah kari yang sedap diterbangkan terus dari India, tapi rempah kari yang ada di tempat kita tidak kurang sedapnya juga.

Ikan yang sedap untuk masak kari dengan menggunakan ikan yang besar, seperti ikan merah dan ikan jenahak sebab isinya sangat tebal dan sedap bila dibuat kari. Tambah pula bahagian kepala, lagi sedap lah kalau masak kari.

Dalam masakan ini menggunakan garam masala sebagai bahan dalam kari, garam masala merupakan gambungan rempah-rempah yang banyak diggunakan secara meluas dalam masakan india.

Pengemar kari pasti akan tertarik dengan masakan ini, resepi ini telah dikongsi oleh Khadijah Jaafar. Resepi kari ikan yang sedap dan secukup rasa dengan kuahnya yang pekat pasti akan membuat ramai yang sukakan rasanya.

 

RESEPI KARI IKAN MASALA

Uniknya masakan kari kali ini ialah ikan digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam rempah kari. Ikan tidak perlu digoreng terlalu lama sehingga garing, sebab kita akan masak lagi dalam kuah kari nanti.

photo6217707177146166410.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 ekor ikan jenahak/ikan merah – saiz sederhana
  • 1 biji bawang besar merah – dihiris
  • 1 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 biji tomato – dipotong dadu kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 paket rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1½ sudu kecil garam masala
  • ½ sudu kecil halba campuran
  • ½  sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ cawan air asam jawa
  • ½ cawan santan
  • Garam

 

Pes halia bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

photo6217707177146166411.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN KARI IKAN MASALA

▶️ Ambil sedikit pes halia bawang putih, serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan. Kemudian, gorengkan ikan tadi sehingga sedikit masak, tak perlu lama pun.

photo6217707177146166407.jpg (720×960)

▶️ Selepas itu, tumis bawang bersama dengan halba campuran dan daun kari dalam minyak yang sudah dipanaskan. Tumis sehingga bawang sedikit garing dan naik bau.

▶️ Masukkan tomato dan tumiskan sekejap hingga nampak tomato agak lembik.

photo6217707177146166406.jpg (720×960)

▶️ Bancuhkan rempah kari, garam masala dan serbuk cili dengan air.

▶️ Kemudian, masukkan rempah ke dalam kuali. Masukkan lebihan pes halia bawang putih. Kacau sehingga rempah sedikit masak.

▶️ Masukkan air, sukatan air mengikut kepekatan yang disukai. Masukkan pula air asam jawa.

photo6217707177146166402.jpg (720×960)

▶️ Masukkan ikan yang digoreng tadi. Jika, nak rasa sedikit berlemak boleh masukkan sedikit santan. Perasakan dengan garam. Jika suka ada rasa manis, tambahkan gula.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Merah Goreng Berempah Mudah Dan Sedap, Hidangan Simple Yang Menyelerakan!

 

Ikan jenahak dan ikan merah memang sedap bila dibuat kari, tambah pula masak ala-ala kari india lagi menyakut rasanya. Makan pula dengan nasi panas-panas dah tak pandang lain dah.

82726636373821919.jpg (1200×800)

Kari ikan kalau nak rasa berlemak boleh masukkan santan, kalau nak masukkan susu atau yogurt pun boleh untuk gantikan santan. Jika tidak mahu letak santan didalam kari pun boleh juga.

Sekali-sekala buat kelainan dalam masak kari dengan mencuba resepi kari ikan masala ini, asyik masak kari ala melayu je kan. Jangan lupa untuk mencuba resepi yang kami kongsikan ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.