Cara Buat Roti Sosej Yang Disukai Ramai, Roti Yang Lembut Dan Gebus Sangat Sedap Bila Dimakan!

0 13,828

Roti yang anak-anak paling suka bila pergi kedai roti iaitu roti sosej, kalau beli pasti berebut. Apa kata cuba meroti pulak dengan Resepi Roti Sosej yang Kami share ini, pasti hasilnya akan menjadi.

Siapa sangka roti yang nampak simple je tapi rasanya sedap. Dapat makan roti sosej kalau dulu dah rasa macam makan pizza dah. Dulu mana mampu nak makan pizza jadi belilah roti sosej je, itu pun dah cukup suka sangat.

Walaupun hanya sosej, sos cili dan mayonis sahaja diatasnya tapi rasanya sangat sedap, lebih-lebih lagi kalau roti yang dibuat sangat gebu dan lembut. Roti yang sedap mesti kena lembut bila digigit baru sedap dimakan.

Satu doh roti boleh buat bermacam-macam roti, cuma perlu pandai variasikan untuk mendapatkan pelbagai jenis roti. Sebab itu bila buat roti sendiri lebih jimat dan dapat banyak biji sekali buat.

Bagi mendapatkan doh yang sempurna, doh perlu diuli sehingga betul-betul lembut dan sempurna tidak melekat di tangan. Resepi ini telah dikongsi oleh Hidayati Hana, ikut sahaja resepi ini pasti tak mengecewakan.

 

RESEPI ROTI SOSEJ

Untuk membuat roti pastikan sukatan bahan adalah betul, jangan suka-suka untuk tambah majerin nanti doh akan jadi terlalu masin, atau tambah tepung nanti doh akan terlebih kental. Sebab doh untuk roti kena perlu lembut dan elastik untuk mendapatkan doh yang sempurna.

photo6222160907908263722.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 260gm tepung roti
  • 40gm gula halus
  • 1 sudu kecil yis
  • 30gm mentega/marjerin
  • secubit garam
  • 170gm ( 1 biji telur +susu segar )
  • 1 Peket Sosej ( direbus sekejap )
  • Mayonis
  • Sos Cili
  • Cheese Mozarella ( optional )

photo6222160907908263716.jpg (721×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN ROTI SOSEJ

▶️ Masukkan semua bahan ke dalam break maker / mixer kecuali mentega.

▶️ Bila adunan sudah sebati masukkan mentega.

▶️ Uli doh hingga elastik dan lembut dan perap doh selama 1 jam.

▶️ Apabila sudah siap, tumbuk-tumbukan bagi keluar angin dan bahagikan doh setiap satu  berat 40gm (akan dpt dlm 10-11 biji )

▶️ Bentukkan bulat dan canai memanjang ikut panjang sosej.

▶️ Masukkan dalam bekas dan tunggu hingga doh naik sedikit baru letakkan sosej diatas doh tadi.

▶️ Tekan hingga sosej tenggelam dalam doh tadi supaya bila sudah kembang sosej tu tak melimpah ke tepi.

photo6222160907908263715.jpg (719×1280)

▶️ Tunggu lagi dalam 30 minit atau sehingga roti kembang sepenuhnya. Pipekan mayonis dan sos cili dan taburkan cheese mozzarella diatasnya.

photo6222160907908263713.jpg (792×960)

▶️ Panaskan oven suhu 170 dan bakar selama 25-30 minit.

photo6222160907908263719.jpg (719×960)

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Sedap Secukup Rasa, Boleh Buat Makan Nasi Bertambah-Tambah!

 

Seronok bila boleh meroti ni, macam-macam jenis roti boleh buat walaupun guna bahan yang sama sahaja. Siap boleh buat stock lagi untuk makan esok  hari. Bukan setakat itu sahaja, roti sosej juga boleh dijadikan bekal untuk anak-anak bawak ke sekolah.

Kalau taka da mixer atau bread maker boleh uli menggunakan tangan, tapi pastikan doh elastik supaya teksture roti akan lembut dan gebus. Untuk uli menggunakan tangan mungkin akan makan masa dalam 25 hingga 30 minit.

Bila boleh buat sendiri akan rasa lebih jimat, kalau nak dibandingkan dengan beli dikedai yang sekeping roti sosej boleh cecah rm2.50 satu. Jangan lupa untuk follow resepi roti sosej ini pasti anak-anak suka!

Leave A Reply

Your email address will not be published.