Resepi Sup Ikan Ala Thai. Sup Yang Sedap, Sekali Hirup Pasti Nak Lagi!

0 3,830

Jarang-jarang nak masak sup ikan ni, tak ramai yang suka makan sup ikan. Sup ikan agak femous dikalangan bangsa cina, mungkin mereka lebih suka makan Yang bersup dan masakan yang dikukus. Kali ni Kita kongsikan Resepi Sup Ikan Ala Thai, hidangan yang Segar dan sedap.

Biasanya sup dibuat dengan ayam atau daging, jarang betul nak masak sup ikan untuk makan. Tapi tak salah kalau mencuba benda baru, mana tahu tersenarai dalam hidangan kegemaran pulak.

Sup ikan biasanya akan menggunakan ikan jennahak atau ikan merah, jenis ikan ini mungkin sedap dan sesuai bila dibuat sup.

Sup ikan memang sesuai untuk orang deman dan orang tengah berpantang. Isi ikan yang lembut di hirup pula dengan sup yang sedap panas-panas memang akan membangkit selera sesiapa sahaja.

Resepi sup ikan ala thai ini dari perkongsian Khadijah Jaafar, resepi mudah ini sangat sedap bila dimakan panas-panas dengan nasi putih.

RESEPI SUP IKAN ALA THAI

Kalau masakan Thai mesti tak lari dengan rasa masam dan pedas, walaupun masakan bersup memang akan ada rasa masam Dan pedas.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 ekor ikan jenahak/merah saiz sederhana
  • 2 biji tomato dibelah 4 – 8
  • 1 sup bunjut Adabi
  • 1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akarnya sekali
  • 2 helai daun limau purut
  • 5-10 cili api
  • 1 biji limau nipis, perah jusnya
  • 1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
  • Hirisan limau nipis, untuk hiasan
Bahan tumis
  • 3 batang serai, diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Bahan-bahan tumbuk
  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SUP IKAN ALA THAI

▶️ Mula-mula sediakan dahulu bahan yang perlu ditumbuk atau dikisar.

▶️ Ikan perlu dibersihkan terlebih dahulu dan kerat kepada beberapa bahagian.

▶️ Selepas itu, panaskan minyak terlebih dahulu dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.

▶️ Masukkan bahan tumbuk atau kisar tadi, tumis sekejap dan tuang air secukupnya sehingga mendidih.

▶️ Kemudian, masukkan sup bunjut dan akar daun ketumbar. Biarkan mendidih seketika.

▶️ Tambah lada hitam, kacau sekejap dan masukkan ikan.

▶️ Seterusnya masukkan daun limau purut dan biarkan hingga ikan masak.

▶️ Akhir sekali, masukkan jus limau nipis tomato dan cili padi.

▶️ Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

▶️ Apabila dah masak boleh tabur daun ketumbar dan hirisan limau nipis sebelum dihidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Spaghetti Bolognaise. Masakan Itali Yang Sedap Dengan Sos Bolognaise Homemade!

 

Nampak sedap betul sup ikan ala thai ni, makan pula masa sup masih lagi panas memang menghirup kuah la jawabnya. Belum lagi makan dengan sambal kicap, pasti kick habis.

Jangan lupa basuh ikan dengan perahan limau atau cuka supaya boleh hilangkan hanyir ikan ketika masak nanti, kan tak sedap pulak masakan tu bila ada bau hanyir ikan.

Resepi sup ikan ala thai amat mudah dibuat, ibu-ibu patut cuba resepi ini pasti tak rugi. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.